Bab 3
Enjin kereta dimatikan. kemudian dia keluar sambil menuju kearah pintu rumahnya. Hanya katil yang berada di dalam fikirannya saat itu. Senyap-senyap rumah banglo tiga tingkat itu dimasukinya. Belum sempat dia menuju kearah tangga, tiba-tiba dia terdengar satu suara. Memang sudah dijangkanya bahawa pemilik suara tersebut masih belum tidur.
“ Where were you from?” wanita di hadapannya itu bertanya tegas. Kepalanya sudah bererabut memikirkan seribu satu alasan yang harus diberikan.
“ Mama tanya ni kan? Adam dari mana? Tahu tak yang sekarang ni dah pukul dua pagi. Tak reti-reti lagi nak balik awal?” meluru Datin Aisya bertanya. Jika mahu dibandingkan, rasanya meriam pun lagi perlahan.
“ Adam ada kerja sikitlah mama. Adam bukan saja-saja nak balik lambat.” perlahan lelaki itu menjawab.
“ Apa? Banyak kerja? Since when Adam Haiqarl tahu bagi komitmen pada kerja. Now you listen here, mama nak Adam naik atas and terus mandi. Bau dahlah busuk! Adam ingat mama tak tahu yang Adam baru balik dari clubbing?” wanita itu memarahi anak terunanya itu. Entah bila anaknya itu mahu berubah pun dia tidak tahu. Yang ada dalam kepala otaknya hanyalah perempuan dan clubbing. Memang tidak ada kerja lain.
“ Nak naiklah ni. Mama yang kacau Adam kan?” lelaki itu menjawab selamba. “ Anyway, kalau mama dah tahu Adam dari mana, buat apa mama tanya?” sambungnya lagi sambil menaiki tangga rumahnya satu per satu. Malas rasanya dia mahu bertekak dengan mamanya itu.
“ ADAM!!” jerit Datin Aisya. “ How dare Adam cakap macam tu dekat mama?” sambungnya lagi. Ingin sahaja dia menampar mulut anak tunggalnya itu.
“ Whateverlah mama. You start it first...not me.” Sayup-sayap Datin Aisya mendengar Adam menjawab selamba.
“ Isy..Budak ni!!” jeritnya geram. Kemudian dia menuju ke arah biliknya. Badannya juga letih kerana terlalu lama menunggu anaknya itu pulang.
**********************************************************************************
“ ADAM HAIQARL !!! Bangun! Dah tengah hari!” satu jeritan didengarinya. Bantal di sebelahnya diambil lalu digunakan untuk menutup telinganya. Datin Aisya yang melihat mula menahan geram. Kemudian dia menyentap bantal tersebut lalu membuangnya ke lantai.
“ Adam! Mama cakap bangun! Cepat!” dia menjerit sekali lagi. Kemudian, dia menggoncang badan anak terunanya itu. Ingin sahaja dia menolak anaknya itu hingga terjatuh dari katil.
“ Adam! Cepat bangunlah!” sambungnya lagi. Kali ini dia sudah bersedia untuk menolak anaknya itu. 1.2.3. GOAL!!!
“ Adoii!!” Adam menjerit sambil mengusap wajahnya. Mana tidaknya, tolakan taraf international itu telah menyebabakan dia jatuh terlentang. Dan malanganya, wajahnya yang handsome itu telah pun mencium lantai.
“ Mak gajah mana yang berani tolak aku ni ?!” marahnya sambil cuba memalingkan tubuhnya untuk menghadap mak gajah yang berani menolaknya. Belum sempat niat itu dihabiskan, tiba-tiba..
“ Mak Gajah?! Did you just called me mak gajah? How dare YOU! “ satu jeritan menyinggah gegendang telinganya. Silap hari bulan, cair pulak tahi telinganya.
“ Eh..mama. Siapa mak gajah mama. Bodoh betul siapa yang panggil mama mak gajah tu kan?” dia cuba menenangkan ibunya yang sebiji gorilla tak cukup makan. Mahu sahaja dia melarikan diri pada waktu itu. Sangkanya orang yang menolaknya itu adalah pembantu rumahnya, Susanti.
“ ADAM! “ datin Aisya menjerit dengan geram. “ABANG!” sambungnya lagi. Kini suaminya pula dipanggilnya.
Kemudian muncul seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an. Wajahnya kelihatan kebingungan kerana tiba-tiba sahaja dia dipanggil oleh isteri kesayangannya itu. Baru sembentar tadi dia sudah bersiap-sedia untuk ke pejabat.
“ Why ma?” Datuk Irfan bertanya. Kemudian wajah isterinya itu ditenung. ‘ bini aku ke ni?’ dia menyoal dalam hati.
“ Papa tengok si Adam ni! Ada ke patut dia panggil mama ni mak gajah. Isy!! Dari semalam lagi tau mama dah geram dengan anak abang ni. Sama jelah macam abang!” isterinya itu membebel. Memang dasar mulut meriam betul si datin ini.
“ Eh.. nak salahkan papa pulak.” dia membalas. “ Dah! Adam pergi mandi cepat. Lepas ni kita ada meeting dengan client and i need you to handle the project. Now!” sambungnya lagi. Adam yang mendengar hanya menurut dan segera masuk ke dalam tandas.
“ Dahlah tu mama. Jom..papa nak pergi dah ni.” Datuk Irfan bersuara lagi tetapi mengajukannya kepada isterinya pula. Kemudian mereka berdua bersama-sama turun ke tingkat bawah rumah mereka.
**********************************************************************************
Fail di hadapannya ditenung. Kemudian dia menghalakan pandangannya kepada gadis di hadapannya yang dari tadi membebel tentang jadual kerjanya. ‘ Oh ya, Encik Adam...lepas ni Encik ada ini lepastu ini dan ini.’ Ajuknya dalam hati. Kemudian dengan tidak semenanya dia mengeluh. ‘Ada jugak aku sepak minah ni karang. Tak boring ke asyik membebel..membebel..membebel.. Isy..serabut’ sambungnya lagi. Tetapi kali ini dia mengumpat pula.
“ Encik Adam! Encik! Dengar tak apa yang saya cakap ni?” gadis itu bertanya sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Adam. Dia dapat merasakan bahawa lelaki di hadapannya itu tidak menumpukan perhatian terhadap penjelasannya sebentar tadi. Kalau mata dah berpusing-pusing macam orang juling, tandanya memang melayang jauhlah bosnya itu.
“ Tengah dengarlah ni.” Jawabnya sambil menutup malu. ‘ Kacau betul minah sewel ni. Fesyen dahlah macam orang baru keluar hutan.’ omelnya lagi. Mulutnya pula dah terkumat-kamit seperti membaca mantera. Gadis yang memakai name tag yang bertulis Anisah itu hanya menggelengkan kepala.
“ Encik mengutuk saya ya?” Anisah bertanya lembut sambil terenyum manis. Buku yang berada di tangannya itu diletakkan di atas meja bosnya itu. Kemudian tangannya disilangkan.
“ Mana ada! Awak ni memandai jelah! Anyway, lepas lunch nanti saya nak kena pergi mana eh?” lelaki itu cuba mengelak. ‘ budak ni ada power ke?’ soalnya di dalam hati.
“ Saya tak ada power pun. Tak payahlah encik nak buat muka macam tu.” gadis itu berkata. Adam yang mendengar sudah terlopong. Tidak disangkanya bahawa gadis itu dapat meneka isi hatinya dengan tepat.
“ Haha...tulah lain kali jangan mengumpat. Kan dah kena. Lepas lunch nanti, encik tak payah pergi mana-mana pun. Meeting dengan Datuk Azhar telah dicancel sebab dia ada hal. Next time bila saya explain, tolong dengar ya bos..” sindirnya geram. ‘ Buang air liur jer aku membebel panjang lebar tadi, kau boleh buat derk je. Hah! Padan muka. Terkena kau! Muka pun dah macam kena panggang jer aku tengok.’ Gadis itu pula mengumpat dalam hati. Kemudian dia mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Panas pula hatinya nanti jika terus berada di dalam bilik tersebut.
“ Huh...berambus pun kau.” Adam berkata sambil menarik nafas lega. Kemudian matanya dihalakan ke arah jam tangannya. Jamnya menunjukkan bahawa waktu itu sudah hampir pukul 1:00 petang. Beberapa saat kemudian, dia sudah bersiap-sedia untuk keluar. Apa lagi...ready nak jumpa girlfriends lah tu..
**********************************************************************************
Assalammualaikum. bestnye blog Liyana! Kelakar gile kot. serious, tak boleh nak benti gelak. :D n kita rase kita dah angau kat Adam. HAHAHAHAA! just kidding la. ^^
ReplyDelete