Sakit, pedih, geram. Semuanya dirasakannya saat ini. Ingin sahaja dia menangis tetapi niatnya itu dibatalkan kerana takut ditertawakan nanti. Bukan Farisya Izyani binti Fayyad namanya jika dia menangis. Janganlah pernah berharap
"Auww! Sakitnya ibu. Janganlah urut kuat sangat!" jeritnya. Air matanya juga sudah menitis 'Cis, baru aku berangan tak nak nangis, tapi takat mimpi jelah !' marahnya dalam hati.
" Itulah, kan ibu dah cakap banyak kali jangan panjat pokok. Tapi kau degil, kan? Hah, padanlah muka kau. Lepas ni kau cari seekor monyet. Lepas tu korang tukar jenis. Biar kau jadi beruk, beruk tu pulak kasi tukar jadi kau. Kan senang! " Puan Aizal mula membebel. Haziq dah Harith pula mentertawakan telatah mereka berdua. Kalau time geram Puan Aizal dah sampai, bersiap-sedialah untuk menerima das-das tembakan daripada mulutnya.
' Aku baru jerit sikit, ibu dah pot-pet, pot-pet. Kalau macam ni, monyet pun tak sanggup nak jadi anak dia.' Farisya mengomel tentang sikap ibunya itu. " Ni mesti kau mengutuk ibu ni kan? " Puan Aizal meneka. Memang dia sudah sedia maklum dengan sikap anak sulungnya itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memicit punggung Farisya dengan lebih kuat lagi kerana geram dengan kedegilan anaknya itu.
" Mana ada ibu. Along yang baik lagi comel ni takkan kutuk ibu." balasnya menahan sabar. Padahal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
" Ni semua korang punya pasal lah." dia menyalahkan adik-adiknya pula. " Siapa suruh along jadi bendul" jawab Harith. " Along tahu tak orang gila je yang sanggup dengar cakap kita orang tau." Haziq pula menambah sambil ketawa.
" Kurang asam jawa punya budak. Jadi korang cakap along gila la kan? Along tarik jambul korang kang, sepuluh tahun, sepulu bulan, sepuluh hari, sepuluh jam, sepuluh minit dan sepuluh saat korang pengsan tau." balasnya tercungap-cungap. Kembang-kuncup hidungnya kerana dapat membalas kenyataan adik-adiknya. Memang prinsip hidupnya untuk tidak mengalah ketika bercakap. Lagipun dia pernah mengharumkan nama sekolahnya dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah. ' Amacam terror tak aku? Haha aku ni champion tau' dia memuji dirinya sendiri di dalam hati.
" Dah, cukup! Dah malam pun masih nak bergaduh lagi ke. Pergi masuk tidur sekarang. Esok angah dengan adik nak sekolah kan?" marah ibu mereka. " Yelah" serentak mereka bertiga menjawab sambil menuju ke bilik masing-masing.
**********************************************************************************
No comments:
Post a Comment