Bab 2
“ Hello, uncle Leong. Amacam sihat?” Farisya menegur tauke Cina yang sedang ralit mengira duitnya. Dah nama pun tauke kedai, kerja pun kira duitlah. Kemudian lelaki tadi mengalihkan pandangannya untuk melihat siapa yang menegurnya. Terpancar senyumannya seketika.
“ Sihatlah. Lu kenapa sudah talak nampak bayang? Sudang hilangka?” soalnya sambil tersenyum. Farisya memang rapat dengannya sejak kecil lagi kerana anaknya pernah berkawan dengan gadis itu.
“Ayoyo, uncle. Risya mana ada pergi mana-mana. Kat kampong ni jugak. Lainlah kalau uncle belanja Risya makan angin.” Gadis itu cuba bergurau. Tergelak Encik Leong mendengarnya.
“ Manyak cantek...uncle sendiri pun talak cuti-cuti tau. Manyak sebok.” Balsnya apabila ketawanya sudah reda. Baginya Farisya memang seorang gadis yang kelakar. Tidak pernah dia tidak ketawa apabila bertemu dengan gadis itu.
“ Lu datang sini mau apa?” sengaja Encik Leong bertanya meskipun dia sudah dapat mengagak jawapannya. “ Saja nak ajak uncle dating dengan Risya. Boleh kan?” hampir terkeluar biji mata lelaki itu apabila mendengar kata-kata Farisya . Tergelak Farisya melihat reaksi uncle Leong yang dirasakannya kelakar.
“ Haha.. apalah uncle nie. Risya gurau sikit jer pun dah macam nak kena campak dalam lombong jer gayanya. Lebih jer.” katanya sambil ketawa.’ Ni aku baru ajak dating, belum kahwin lagi. Kang tak pasal-pasal sakit jantung pulak apek ni.’ umpatnya.
Encik Leong yang melihat, hanya mampu menggeleng. Dia sudah tahu pasti gadis yang berada di hadapannya itu sedang mengumpatnya. Kalau mulut terkumat-kamit macam bomoh taraf international tu memang mengata secara senyap-senyaplah jawabnya.
Tiba-tiba muncul seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an yang datang dari arah belakang kedai Encik Leong. Farisya yang melihat, mula melemparkan senyuman kearah wanita tersebut. Siapa lagi kalau bukan isteri Encik Leong. Isterinya itu sudah lama bekerja sebagai pembantunya sejak kedai mereka baru dibuka lagi.
“ Eh, Farisya buat apa kat sini?” wanita itu ramah bertanya. Belum sempat gadis itu menjawab, suaminya sudah terlebig dahulu menyampuk. “ jangan dengar ini budak cakap. Manyak bukan-bukan tau.” Encik Leong berkata. Jika mahu bandingkan Bahasa Melayu Encik Leong dengan isterinya, memang berbeza tahap cipan. Isterinya itu memang berasal dari kampung . Kerana itulah Bahasa Melayunya lebih baik daripada suaminya.
“ Alah, uncle janganlah marah...Risya gurau jelah. Apa taste nak dating dengan uncle yang botak ni.” Farisya berkata dengan selamba. Encik Leong pula memberikan reaksi terkejut dengan kenyataan Farisya sebentar tadi.
“ Wei, uncle ni masih manyak handsome tau. Lu jangan pandang uncle tutup satu mata tau. Kalau uncle talak handsom, lu punya aunt sudah lama tinggal sama uncle tau.” Tercungap-cungap Encik Leong membidas kenyataan gadis di hadapannya itu.
“ Dahlah. Korang ni dua-dua pun sama. Satu sengal, satu bigau...sesuai lah tu. Risya dating sini nak beli apa?” isterinya tiba-tiba menyampuk. Rimas juga rasanya mendengar dua orang makhluk dihadapannya itu bertekak. Jika dibiarkan, sampai esok pun tidak akan habis. Asal Nampak mereka berdua mesti bergaduh. Asal bergaduh sahaja pasti Nampak mereka berdua. Bagus sangatlah tu.
“ Ibu suruh Risya beli apa eh tadi? Risya lupa lah?” tiba-tiba sahaja penyakit nyanyuknya sudah mai. Encik Leong dan isterinya yang mendengar sudah berasa seperti hendak megetuk kepala gadis itu dengar kuali. Biar hilang sedikit penyakit peliknya itu.
“ Hah! Risya dah ingat..aunt tolong kasi tiga ekor ikan cencaru dengan sekilo cili eh.” Farisya memberitahu isteri Encik Leong. Kemudian dia mendekati Encik Leong pula apabila isteri lelaki tersebut sudah berkira-kira hendak mengambil barang yang disenaraikan Farisya tadi.
“ Uncle..” Farisya memanggil lembut. Encik Leong yang sudah mula mengira wang dengan menggunakan kalkulator’ kesayangannya’ itu berasa pelik . kemudian gadis itu tersenyum pula. ‘ ini budak talak makan ubat ka?’ dia bertanya di dalam hati.
“ Uncle.. berapa hutang yang ibu belum bayar eh?” Farisya bertanya. Pada awalnya, dia memang sengaja hendak mengenakan Encik Leong tetapi apabila lelaki itu menunjukkan riak wajah pelik ,dia berasa kasihan pula. Kemudian ketawanya meletus pula.
“ Eee..lu mau Tanya itu saja ka. Uncle ingat lu sudah gila tau. Tiba-tiba saja perangai jadi pelik.” Farisya yang mendengar dari tadi tidak henti-henti ketawa. “ Haha.. uncle ni cepat gelabahlah. Berapa hutang yang ibu belum bayar?” dia mengulangi pertanyaan yang sama. Sementara poketnya penuh ini, dia ingin melangsaikan semua hutang ibunya. Risau juga kalau tertangguh lama-lama.
“ Alah...Uncle kira halal sajalah. Lagipun ibu lu yang mau hutang-hutang. Uncle sudah cakap sama dia kalau talak ada duit, uncle kasi saja. Nanti ada duit, bagi saja yang mampu.” Lelaki itu menjawab. “ Lagipun uncle sama aunt sudah lama kawan sama lu punya ibu. Kami talak kisah tau.” Sambungnya lagi. Memang tidak dinafikan bahawa dia dan isteri berasa kasihan pada ibu gadis tersebut. Sudah terlalu banyak dugaan yang harus mereka tempuh anak-beranak. Dia dan isteri juga sudah sedaya-upaya mahu menghulurkan bantuan tetapi Puan Aizal tetap tidak mahu menerima.
“Betul ker uncle?” Farisya bertanya tidak percaya. Semakin gembira hatinya apabila lelaki di hadapannya itu menggangukkan kepala. Kalau itu memang rezekinya, lagi suka hatinya. Kemudian isteri Encik Leong muncul dan menghulurkan satu beg plastic kepada Farisya.
“ Berapa aunt?” dia bertanya. “ Enam ringgit.” Wanita itu menjawab. Kemudian wang not sepuluh ringgit bertukar tangan. “ Keep the change.” Encik Leong dan isterinya melihat pelik.
“ Kenapa pulak?” Encik Leong menyoal.” Tadi, uncle kata kitaorang boleh bayar bila mampu kan. So, Risya bayar lah. Nanti kalau ada duit lagi, Risya akan bayar. “ dia menjelaskan dengan panjang lebar. Memanglah Encik Leong tidak memaksa keluarganya membayar hutang, tetapi rasa bersalah masih dirasakannya. Tapi jika diikutkan hati nakalnya, kecil tapak tangan, padang golf dia tadahkan.
“ Hayyah..Lu talak perlu bayar sekaranglah. Nanti talak ada duit pula.” Encik Leong member alasan. Isterinya juga turut mengiakan kata-katanya. Berat sungguh hatinya untuk menerima bayaran tersebut meskipun itu adalah hasil pendaapatannya sebagai seorang peniaga.
“ Risya still ada duit lagilah uncle.. don’t worry-worrylah, nanti uncle punya business bankrupt kang, uncle juga yang susah. Tak pasal-pasal botak lagi rambut uncle yang memang sedia ada botak. “ Farisya membalas sambil mengutuk Encik Leong.
“ Suka hati lu saja. Manyak hantu punya budak..” balas Encik Leong pula sambil tersenyum. Jika dirinya tidak dikacau oleh gadis di hadapannya itu, memang tidak sah hidupnya. Farisya sudah mula ketawa.
“ Okeylah uncle, aunt.. Risya chow dulu tau. Nak jumpa kerbau Mak Kiah jap. Mana tahu, dia teringin nak couple dengan Risya ker?” katanya bergurau. Lembu Mak Kiah itu pun tidak mahu bercouple dengannya yang bersikap gila-gila itu. Silap hari bulan mati kejang kerbau itu dikerjakannya.
“ Yalah, baik-baik jalan.” Encik Leong dan isterinya membalas serentak. Mulalah gerai mereka itu sunyi kembali.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Basikal yang ditungganginya dibawa laju. Bukannya selalu dia berpeluang merempit di kampungnya itu. Mat rempit pun akan tabik spring apabila melihat telatahnya itu. Superman seluar dalam ketat pun mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Orang sekliling yang melihat dirinya hanya mampu tersenyum. Ada juga di antara mereka yang menggelengkan kepala menunjukkan bahawa mereka menyampah melihatnya. Apa dia kisah, asalkan dirinya bahagia. ‘ aku tak jadi monyet pun dah cukup baik. Daripada korang, serupa orang gila. Geleng-geleng kepala lu teleng wa talak tahu.’ dia mengutuk dalam hati.
Apabila tiba di hadapan sekolah adik-adiknya, dia memberhentikan basikalnya dan mula mencari-cari kelibat mereka. “ Manalah si mangkuk dua orang ni? Dahlah panas, kau nak suruh aku jadi satu-satunya manusia kena barbeque ke apa ni? Kulit aku yang putih gebu ni buka boleh kena matahari, tak pasal-pasal jadi negro pulak aku kat sini.” Dia berkata sendiri sambil memuji diri sendiri. Bukannya semua orang tidak kenal dengan dirinya yang suka angkat bakul sendiri.
Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Apabila dia memusingkan kepala , Harith dengan wajah yang tersenyum seperti kerang yang dah terlampau busuk yang dilihatnya. “ Along buat apa kat sini?” Harith bertanya kakaknya itu.
“ Saja nak panggang diri sendiri.” Jawabnya dengan geram. ‘Dah Nampak aku tercongok kat sini, mestilah nak cari kau.’sambungnya dalm hati.
“ Along ni nak bergurau pulak. Adik Tanya betul-betul ni.” Harith membalas. Dia pula yang berasa geram dengan sikap kakaknya yang bergurau tidak kena tempat itu.
“ Kau tengok muka along yang comel ni ada part gila-gila ke? Takda kan?” soalnya dengan marah. “ along kat sini mestilah sebab nak jumpa kau. Angah mana?” sambungnya lagi.
“ Dia ada kelas tambahan sampai pukul tiga. Lepastu dia nak main bola pulak dengan geng dia. Mungkin dia balik pukul lima kot?” Harith menjawab. Kini dia sudah tidak marah lagi.
“ Perh, datuk dia berjanggut. Takda lama lagi ke dia nak duduk kat sekolah ni? Kan senang bawak tilam dengan bantal sekali je terus. Tak payah balik rumah. Sekolah dia nikan rumah baru dia.” Tergelak Harith mendengar kata-kata kakaknya yang terkeluar secara spontan itu. ‘ gila punya kakak.’ Katanya dalam hati. Nanti tak pasal-pasal dia dibelasah pula jika kakaknya terdengar.
Farisya pula memandang pelik. Aku buat lawak ke tadi? Ke dia ni yang gile. Choi! Talak guna punya kakak. Ada ke patut adiknya dikatakan gila.
“ Along nak balik ke?” Harith menyoal lagi. “ Tak, along nak pergi jamban. Hahaha.” Dia mengenakan adiknya. Inilah baru betul Farisya Izyani yang asli. Otak masuk racun punya budak.
“ Along nak makan kaki ke?” Harith membalas geram. Terkena pula dia. “ Haha, kalau boleh, buat sup ayam kaki. Mesti sedap. Adik nak?” Farisya menjawab selamba. Sengaja dia ingin menyakitkan hati adiknya itu. Wajah Harith yang cemberut itu menggelikan hatinya.
“ Alalala....marah ke. Muncung tu jangan panjang sangat. Nanti takda awek nak melekat.” Farisya cuba memujuk walaupun dia tahu Harith hanya berpura-pura merajuk.
“Along ni saja tau..” Harith berkata. Kemudian dia tersenyum. Memang dia tidak boleh merajuk lama-lama dengan kakak sulungnya itu. Pasti tidak akan pernah menjadi.
“Hah! Tukan handsome bila senyum...Jomlah, kita pergi kedai ibu. Dia dah tunggu lama tu. Tak pasal-pasal bila kita sampai, ibu dah berjanggut nanti.” Tergelak Harith mendengar lawak Farisya. Memang gila betul otak kakaknya itu.
Seketika kemudian, mereka bersama-sama mula menunggang basikal untuk ke kedai ibu mereka.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Ibu....oh, ibu...” sayup-sayap suara itu menjengah ke gegendang telinganya. kemudian, dia tersenyum. Siapa lagi kalau bukan anak-anaknya yang berani menjerit macam tarzan di kampung itu. Beberapa saat kemudian, muncul wajah anak-anaknya yang tersenyum ke arahnya.
“ Ibu...tengah buat apa tu?” Harith bertanya. ‘ comel pulak mak aku hari ni..dah macam Barbie doll pulak aku tengok’ bisiknya dalam hati apabila dia melihat ibunya tersenyum.
“ Waalaikummussallam warahmatullahiwabarakatuh....” panjang lebar Puan Aizal menjawab salam dalam erti kata sebenar iaitu MENYINDIR!
“ Haha...asalamualaikum...ibu.” Harith membalas sambil ketawa. “ Along, dah beli apa yang ibu suruh?” Puan Aizal bertanya kepada Farisya yang berdiri di sebelahnya.
“ Dah...Rith ambilkan plastik dalam bakul basikal along tu.” Farisya memberi arahan kepada Harith. Kemudian plastik tersebut dihulurkan kepada ibunya. “ Angah mana?” ibunya bertanya lagi.
“ Dekat sekolah. Nanti dia baliklah tu.” Gadis itu menjawab malas. “Ibu jom balik..Along dah penatlah. Lagipun ibu dah habis jual semua nasi lemak kan?” gilirannya pula untuk bertanya. Lagipun badannya memang letih pada waktu itu.
“ Yelah.. Along dengan adik tolong ibu kemas dulu. Lepas tu kita bali sama-sama. “ wanita itu membalas sambil mengelus lembut wajah anak sulungnya itu. “ Okey!” serentak anak-anaknya itu menjawab. Tergelak Puan Aizal melihat telatah mereka.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Bab 3 will be published soon.....wai tau Aisya.. on the way
No comments:
Post a Comment