actually novel nie jus saja2 jer..
kalau dia punya her, nama dia Adam haiqal, untuk heroin pulak, farisya izyani n banyak agi ar..untuk prmulaan jus tulis untuk strting jer...eh memng ar start starting dulu kan? xkan nak start ending pulak, tul tak. isy songai tul aku nie..
apa2 pun, slamat mmbaca part dia ngan adik2 dia (risya) dulu k?
bab 1
Atas bawah, atas bawah. Hanya itu yang diperhatikan. Hatinya pula macam nak menggila. Kusut pula fikirannya tatkala itu. Tangannya pula asyik menggaru kepalanya walaupun tidak berasa gatal.
“Kau biar betul nie??”soalnya kepada orang yang berada di bawah.
“Betul lah nie…cepat lah sikit. Takut ker? Bukan tadi kata berani sangat ker?” sakit telinganya mendengar jawapan manusia di bawah itu. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja dia menjerit tetapi bila diingatkan singa yang berada di dalam rumahnya, rasa terbantut pula niatnya.
“Long, kau nie nak panjat ke tak? ” Haziq menjerit dari bawah untuk menyedarkan kakaknya yang sudah terbang entah ke mana. ”Along, kot ya pun nak melamun, tunggu time tidur jer.” Harith, adik bongsunya pula menambah.
“ Korang cakap senang lah. Suruh aku buat kerja bodoh jer! Kalau pokok ni rendah takpe jugak, nie tinggi tahap cipanzi kau tahu tak?” jawabnya dengan perasaan geram. Kemudian dia toleh ke atas pula.’ Mak ni mangkuk ayun jer yang berani buat’ katanya dalam hati setelah membayangkan yang dia harus memanjat pokok kelapa yang dirasanya tinggi tahap gaban. Dan puncanya adalah kerana Haziq yang teringin sangat mahu minum air kelapa. Kononnya boleh sejukkan badan. ‘banyak kau punya sejuk, aku yang macam gorilla kene bakar kat atas ni, kau tak kira’ ngomelnya lagi di dalam hati.
“ Along! Oh along! Angah! Adik! Mana pulak tiga budak bertuah tu merayau ni?” jerit seseorang. Entah mana silapnya, gadis itu tiba-tiba terjatuh kerana terperanjat akan jeritan seseorang yang dianggapnya singa itu.
“ Ya Allah, along! Kenapa ni? Sedap-sedap je kau landing kat tanah tu kenapa?” soal Puan Aizal, ibu mereka bertiga.” Buruk sangat ke tilam dalam rumah kita tu sampai kau nak tidur atas tanah ni along? Kau dah buang tebiat ke apa?” soalnya lagi.
“ Aww, sakitnya bontot aku. Ni diaorang punya pasal lah ibu. Si beruk dua orang ni yang suruh along panjat pokok tu.” sampuk gadis itu. “ dah kau bangun sekarang. Tak payah nak salahkan orang lain. Yang kau bendul sangat pi dengar cakap diaorang kenapa? Angah, adik, papah along kau nie masuk rumah cepat!” marah Puan Aizal.
“ Alah ibu pandai-pandai lah along bangun sendiri. Dia ni mengada-ngada jer lebih. Masih boleh bangun ni.” Haziq menjawab. “ betul tu bu. Along ni saja je nak manja. Gedik je lebih. Sapa suru dia ikut cakap kita, betul tak angah?” sampuk Harith.
“ Ewah, suka-suka nenek lu je mengutuk aku. Bontot aku dan bengkak ni tau. Dah macam belon! Korang nak tengok?” gadis itu pula menambah. Kononnya mahu mempertegakkan kebenaran. “ Dah korang jangan banyak cakap. Angah, adik, angkat along sekarang. No angkat no cry. CEPATT!” Puan Aizal memarahi anak-anaknya. Kalau mahu mendengar alasan mereka bertiga, agaknya sehingga esok pun mungkin tidak akan habis. Dia sudah lali dengan sikap anak-anaknya yang kebudak-budakan itu.
“ Yelah. Kang tak angkat, kita kena membebel pulak kang, betul tak adik?” Haziq membebel sambil memapah alongnya yang turut dibantu Harith untuk masuk kedalam rumah. Harith pulak hanya mengangguk kerana tidak berani untuk menjawab.
***************************************************************************
No comments:
Post a Comment