2012-07-28

TONG KAYU MY FWEN

TTQ ADRINA BAB TUKARKAN lagu kita. baiknya awak...haha
 ngah takde koja ni. bye tata asalam!!!!!
♥ Thanks for reading ♥

2012-07-15

bab 3

Aisya!!!! selamat membaca.. dah tak on the way lagi dah. tunggu bab 4  pulak tau.


Bab 3
Enjin kereta dimatikan. kemudian dia keluar sambil menuju kearah pintu rumahnya. Hanya katil yang berada di dalam fikirannya saat itu. Senyap-senyap rumah banglo tiga tingkat itu dimasukinya. Belum sempat dia menuju kearah tangga, tiba-tiba dia terdengar satu suara. Memang sudah dijangkanya bahawa pemilik suara tersebut masih belum tidur.
     “ Where were you from?” wanita di hadapannya itu bertanya tegas. Kepalanya sudah bererabut memikirkan seribu satu alasan yang harus diberikan.
“ Mama tanya ni kan? Adam dari mana? Tahu tak yang sekarang ni dah pukul dua pagi. Tak reti-reti lagi nak balik awal?” meluru Datin Aisya bertanya. Jika mahu dibandingkan, rasanya meriam pun lagi perlahan.
“ Adam ada kerja sikitlah mama. Adam bukan saja-saja nak balik lambat.” perlahan lelaki itu menjawab.
“ Apa? Banyak kerja? Since when Adam Haiqarl tahu bagi komitmen pada kerja. Now you listen here, mama nak Adam naik atas and terus mandi. Bau dahlah busuk! Adam ingat mama tak tahu yang Adam baru balik dari clubbing?” wanita itu memarahi anak terunanya itu. Entah bila anaknya itu mahu berubah pun dia tidak tahu. Yang ada dalam kepala otaknya hanyalah perempuan dan clubbing. Memang tidak ada kerja lain.
“ Nak naiklah ni. Mama yang kacau Adam kan?” lelaki itu menjawab selamba. “ Anyway, kalau mama dah tahu Adam dari mana, buat apa mama tanya?” sambungnya lagi sambil menaiki tangga rumahnya satu per satu. Malas rasanya dia mahu bertekak dengan mamanya itu.
“ ADAM!!” jerit Datin Aisya. “ How dare Adam cakap macam tu dekat mama?” sambungnya lagi. Ingin sahaja dia menampar mulut anak tunggalnya itu.
“ Whateverlah mama. You start it first...not me.” Sayup-sayap Datin Aisya mendengar Adam menjawab selamba.
“ Isy..Budak ni!!” jeritnya geram. Kemudian dia menuju ke arah biliknya. Badannya juga letih kerana terlalu lama menunggu anaknya itu pulang.
**********************************************************************************
“ ADAM HAIQARL !!! Bangun! Dah tengah hari!” satu jeritan didengarinya. Bantal di sebelahnya diambil lalu digunakan untuk menutup telinganya. Datin Aisya yang melihat mula menahan geram. Kemudian dia menyentap bantal tersebut lalu membuangnya ke lantai.
     “ Adam! Mama cakap bangun! Cepat!” dia menjerit sekali lagi. Kemudian, dia menggoncang badan anak terunanya itu. Ingin sahaja dia menolak anaknya itu hingga terjatuh dari katil.
     “ Adam! Cepat bangunlah!” sambungnya lagi. Kali ini dia sudah bersedia untuk menolak anaknya itu. 1.2.3. GOAL!!!
“ Adoii!!” Adam menjerit sambil mengusap wajahnya. Mana tidaknya, tolakan taraf international itu telah menyebabakan dia jatuh terlentang. Dan malanganya, wajahnya yang handsome itu telah pun mencium lantai.
“ Mak gajah mana yang berani tolak aku ni ?!” marahnya sambil cuba memalingkan tubuhnya untuk menghadap mak gajah yang berani menolaknya. Belum sempat niat itu dihabiskan, tiba-tiba..
“ Mak Gajah?! Did you just called me mak gajah? How dare YOU! “ satu jeritan menyinggah gegendang telinganya. Silap hari bulan, cair pulak tahi telinganya.
“ Eh..mama. Siapa mak gajah mama. Bodoh betul siapa yang panggil mama mak gajah tu kan?” dia cuba menenangkan ibunya yang sebiji gorilla tak cukup makan. Mahu sahaja dia melarikan diri pada waktu itu. Sangkanya orang yang menolaknya itu adalah pembantu rumahnya, Susanti.
“ ADAM! “ datin Aisya menjerit dengan geram. “ABANG!” sambungnya lagi. Kini suaminya pula dipanggilnya.
Kemudian muncul seorang lelaki dalam lingkungan umur 50-an. Wajahnya kelihatan kebingungan kerana tiba-tiba sahaja dia dipanggil oleh isteri kesayangannya itu. Baru sembentar tadi dia sudah bersiap-sedia untuk ke pejabat.
“ Why ma?” Datuk Irfan bertanya. Kemudian wajah isterinya itu ditenung. ‘ bini aku ke ni?’ dia menyoal dalam hati.
“ Papa tengok si Adam ni! Ada ke patut dia panggil mama ni mak gajah. Isy!! Dari semalam lagi tau mama dah geram dengan anak abang ni. Sama jelah macam abang!” isterinya itu membebel. Memang dasar mulut meriam betul si datin ini.
“ Eh.. nak salahkan papa pulak.” dia membalas. “ Dah! Adam pergi mandi cepat. Lepas ni kita ada meeting dengan client and i need you to handle the project. Now!” sambungnya lagi. Adam yang mendengar hanya menurut dan segera masuk ke dalam tandas.
“ Dahlah tu mama. Jom..papa nak pergi dah ni.” Datuk Irfan bersuara lagi tetapi mengajukannya kepada isterinya pula. Kemudian mereka berdua bersama-sama turun ke tingkat bawah rumah mereka.
**********************************************************************************
Fail di hadapannya ditenung. Kemudian dia menghalakan pandangannya kepada gadis di hadapannya yang dari tadi membebel tentang jadual kerjanya. ‘ Oh ya, Encik Adam...lepas ni Encik ada ini lepastu ini dan ini.’ Ajuknya dalam hati. Kemudian dengan tidak semenanya dia mengeluh. ‘Ada jugak aku sepak minah ni karang. Tak boring ke asyik membebel..membebel..membebel.. Isy..serabut’ sambungnya lagi. Tetapi kali ini dia mengumpat pula.
     “ Encik Adam! Encik! Dengar tak apa yang saya cakap ni?” gadis itu bertanya sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Adam. Dia dapat merasakan bahawa lelaki di hadapannya itu tidak menumpukan perhatian terhadap penjelasannya sebentar tadi. Kalau mata dah berpusing-pusing macam orang juling, tandanya memang melayang jauhlah bosnya itu.
      “ Tengah dengarlah ni.” Jawabnya sambil menutup malu. ‘ Kacau betul minah sewel ni. Fesyen dahlah macam orang baru keluar hutan.’ omelnya lagi. Mulutnya pula dah terkumat-kamit seperti membaca mantera. Gadis yang memakai name tag yang bertulis Anisah itu hanya menggelengkan kepala.
     “ Encik mengutuk saya ya?” Anisah bertanya lembut sambil terenyum manis. Buku yang berada di tangannya itu diletakkan di atas meja bosnya itu. Kemudian tangannya disilangkan.
“ Mana ada! Awak ni memandai jelah! Anyway, lepas lunch nanti saya nak kena pergi mana eh?” lelaki itu cuba mengelak. ‘ budak ni ada power  ke?’ soalnya di dalam hati.
“ Saya tak ada power pun. Tak payahlah encik nak buat muka macam tu.” gadis itu berkata. Adam yang mendengar sudah terlopong. Tidak disangkanya bahawa gadis itu dapat meneka isi hatinya dengan tepat.
“ Haha...tulah lain kali jangan mengumpat. Kan dah kena. Lepas lunch nanti, encik tak payah pergi mana-mana pun. Meeting dengan Datuk Azhar telah dicancel sebab dia ada hal. Next time bila saya explain, tolong dengar ya bos..” sindirnya geram. ‘ Buang air liur jer aku membebel panjang lebar tadi, kau boleh buat derk je. Hah! Padan muka. Terkena kau! Muka pun dah macam kena panggang jer aku tengok.’ Gadis itu pula mengumpat dalam hati. Kemudian dia mula mengatur langkah untuk keluar dari bilik itu. Panas pula hatinya nanti jika terus berada di dalam bilik tersebut.
“ Huh...berambus pun kau.” Adam berkata sambil menarik nafas lega. Kemudian matanya dihalakan ke arah jam tangannya. Jamnya menunjukkan bahawa waktu itu sudah hampir pukul 1:00 petang. Beberapa saat kemudian, dia sudah bersiap-sedia untuk keluar. Apa lagi...ready nak jumpa girlfriends lah tu.. 
**********************************************************************************


   



♥ Thanks for reading ♥

2012-07-14

bab 2


Bab 2
“ Hello, uncle Leong. Amacam sihat?” Farisya menegur tauke Cina yang sedang ralit mengira duitnya. Dah nama pun tauke kedai, kerja pun kira duitlah. Kemudian lelaki tadi mengalihkan pandangannya untuk melihat siapa yang menegurnya. Terpancar senyumannya seketika.
“ Sihatlah. Lu kenapa sudah talak nampak bayang? Sudang hilangka?” soalnya sambil tersenyum. Farisya  memang rapat dengannya sejak kecil lagi kerana anaknya pernah berkawan dengan gadis itu.
“Ayoyo, uncle. Risya mana ada pergi mana-mana. Kat kampong ni jugak. Lainlah kalau uncle belanja Risya makan angin.” Gadis itu cuba bergurau. Tergelak Encik Leong mendengarnya.
“ Manyak cantek...uncle sendiri pun talak cuti-cuti tau. Manyak sebok.” Balsnya apabila ketawanya sudah reda. Baginya Farisya memang seorang gadis yang kelakar. Tidak pernah dia tidak ketawa apabila bertemu dengan gadis itu.
“ Lu datang sini mau apa?” sengaja Encik Leong bertanya meskipun dia sudah dapat mengagak jawapannya. “ Saja nak ajak uncle dating dengan Risya. Boleh kan?” hampir terkeluar biji mata lelaki itu apabila mendengar kata-kata Farisya . Tergelak Farisya melihat reaksi uncle Leong yang dirasakannya kelakar.
“ Haha.. apalah uncle nie. Risya gurau sikit jer pun dah macam nak kena campak dalam lombong jer gayanya. Lebih jer.” katanya sambil ketawa.’ Ni aku baru ajak dating, belum kahwin lagi. Kang tak pasal-pasal sakit jantung pulak apek ni.’ umpatnya.
Encik Leong yang melihat, hanya mampu menggeleng. Dia sudah tahu pasti gadis yang berada di hadapannya itu sedang mengumpatnya. Kalau mulut terkumat-kamit macam bomoh taraf international tu memang mengata secara senyap-senyaplah jawabnya.
Tiba-tiba muncul seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 50-an yang datang dari arah belakang kedai Encik Leong. Farisya yang melihat, mula melemparkan senyuman kearah  wanita tersebut. Siapa lagi kalau bukan isteri Encik Leong. Isterinya itu sudah lama bekerja sebagai pembantunya sejak kedai mereka baru dibuka lagi.
“ Eh, Farisya  buat apa kat sini?” wanita itu ramah bertanya. Belum sempat gadis itu menjawab, suaminya sudah terlebig dahulu menyampuk. “ jangan dengar ini budak cakap. Manyak bukan-bukan tau.” Encik Leong berkata. Jika mahu bandingkan Bahasa Melayu Encik Leong dengan isterinya, memang berbeza tahap cipan. Isterinya itu memang berasal dari kampung . Kerana itulah Bahasa Melayunya lebih baik daripada suaminya.
“ Alah, uncle janganlah marah...Risya gurau jelah. Apa taste nak dating dengan uncle yang botak ni.” Farisya berkata dengan selamba. Encik Leong pula memberikan reaksi terkejut dengan kenyataan Farisya sebentar tadi.
 “ Wei, uncle ni masih manyak handsome tau. Lu jangan pandang uncle tutup satu mata tau. Kalau uncle talak handsom, lu punya aunt sudah lama tinggal sama uncle tau.” Tercungap-cungap Encik Leong membidas kenyataan gadis di hadapannya itu.
“ Dahlah. Korang ni dua-dua pun sama. Satu sengal, satu bigau...sesuai lah tu. Risya dating sini nak beli apa?” isterinya tiba-tiba menyampuk. Rimas juga rasanya mendengar dua orang makhluk dihadapannya itu bertekak. Jika dibiarkan, sampai esok pun tidak akan habis. Asal Nampak mereka berdua mesti bergaduh. Asal bergaduh sahaja pasti Nampak mereka berdua. Bagus sangatlah tu.
“ Ibu suruh Risya beli apa eh tadi? Risya lupa lah?” tiba-tiba sahaja penyakit nyanyuknya sudah mai. Encik Leong dan isterinya yang mendengar sudah berasa seperti hendak megetuk kepala gadis itu dengar kuali. Biar hilang sedikit penyakit peliknya itu.
“ Hah! Risya dah ingat..aunt tolong kasi tiga ekor ikan cencaru dengan sekilo cili eh.” Farisya memberitahu isteri Encik Leong. Kemudian dia mendekati Encik Leong pula apabila isteri lelaki tersebut sudah berkira-kira hendak mengambil barang yang disenaraikan Farisya tadi.
“ Uncle..” Farisya memanggil lembut. Encik Leong yang sudah mula mengira wang dengan menggunakan kalkulator’ kesayangannya’ itu berasa pelik . kemudian gadis itu tersenyum pula. ‘ ini budak talak makan ubat ka?’ dia bertanya di dalam hati.
“ Uncle.. berapa hutang yang ibu belum bayar eh?” Farisya bertanya. Pada awalnya, dia memang sengaja hendak mengenakan Encik Leong  tetapi apabila lelaki itu menunjukkan riak wajah pelik ,dia berasa kasihan pula. Kemudian ketawanya meletus pula.
 “ Eee..lu mau Tanya itu saja ka. Uncle ingat lu sudah gila tau. Tiba-tiba saja perangai jadi pelik.” Farisya yang mendengar dari tadi tidak henti-henti ketawa. “ Haha.. uncle ni cepat gelabahlah. Berapa hutang yang ibu belum bayar?” dia mengulangi pertanyaan yang sama. Sementara poketnya penuh ini, dia ingin melangsaikan semua hutang ibunya. Risau juga kalau tertangguh lama-lama.
  “ Alah...Uncle kira halal sajalah. Lagipun ibu lu yang mau hutang-hutang. Uncle sudah cakap sama dia kalau talak ada duit, uncle kasi saja. Nanti ada duit, bagi saja yang mampu.” Lelaki itu menjawab. “ Lagipun uncle sama aunt sudah lama kawan sama lu punya ibu. Kami talak kisah tau.” Sambungnya lagi. Memang tidak dinafikan bahawa dia dan isteri berasa kasihan pada ibu gadis tersebut. Sudah terlalu banyak  dugaan yang harus mereka tempuh anak-beranak. Dia dan isteri juga sudah sedaya-upaya mahu menghulurkan bantuan tetapi Puan Aizal tetap tidak mahu menerima.
“Betul ker uncle?” Farisya bertanya tidak percaya. Semakin gembira hatinya apabila lelaki di hadapannya itu menggangukkan kepala. Kalau itu memang rezekinya, lagi suka hatinya. Kemudian isteri Encik Leong muncul dan menghulurkan satu beg plastic kepada Farisya.
“ Berapa aunt?” dia bertanya. “ Enam ringgit.” Wanita itu menjawab. Kemudian wang not sepuluh  ringgit bertukar tangan. “ Keep the change.” Encik Leong dan isterinya melihat pelik.
“ Kenapa pulak?” Encik Leong menyoal.” Tadi, uncle kata kitaorang boleh bayar bila mampu kan. So, Risya bayar lah. Nanti kalau ada duit lagi, Risya akan bayar. “ dia menjelaskan dengan panjang lebar. Memanglah Encik Leong tidak memaksa keluarganya membayar hutang, tetapi rasa bersalah masih dirasakannya. Tapi jika diikutkan hati nakalnya, kecil tapak tangan, padang golf dia tadahkan.
“ Hayyah..Lu talak perlu bayar sekaranglah. Nanti talak ada duit pula.” Encik Leong member alasan. Isterinya juga turut mengiakan kata-katanya. Berat sungguh hatinya untuk menerima bayaran tersebut meskipun itu adalah hasil pendaapatannya sebagai seorang peniaga.
“ Risya still ada duit lagilah uncle.. don’t worry-worrylah, nanti uncle punya business bankrupt kang, uncle juga yang susah. Tak pasal-pasal botak lagi rambut uncle yang memang sedia ada botak. “ Farisya membalas sambil mengutuk Encik Leong.
“ Suka hati lu saja. Manyak hantu punya budak..” balas Encik Leong pula sambil tersenyum. Jika dirinya  tidak dikacau oleh gadis di hadapannya itu, memang tidak sah hidupnya. Farisya sudah mula ketawa.  
“ Okeylah uncle, aunt.. Risya chow dulu tau. Nak jumpa kerbau Mak Kiah jap. Mana tahu, dia teringin nak couple dengan Risya ker?” katanya bergurau. Lembu Mak Kiah itu pun tidak mahu bercouple dengannya yang bersikap gila-gila itu. Silap hari bulan mati kejang kerbau itu dikerjakannya.
“ Yalah, baik-baik jalan.” Encik Leong dan isterinya membalas serentak. Mulalah gerai mereka itu sunyi kembali.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Basikal yang ditungganginya dibawa laju. Bukannya selalu dia berpeluang merempit di kampungnya itu. Mat rempit pun akan tabik spring apabila melihat telatahnya itu. Superman seluar dalam ketat pun mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Orang sekliling yang melihat dirinya hanya mampu tersenyum. Ada juga di antara mereka yang menggelengkan kepala menunjukkan bahawa mereka menyampah melihatnya. Apa dia kisah, asalkan dirinya bahagia. ‘  aku tak jadi monyet pun dah cukup baik. Daripada korang, serupa orang gila. Geleng-geleng kepala lu teleng wa talak tahu.’ dia mengutuk dalam hati.
      Apabila tiba di hadapan sekolah adik-adiknya, dia memberhentikan basikalnya dan mula mencari-cari kelibat mereka. “ Manalah si mangkuk dua orang ni? Dahlah panas, kau nak suruh aku jadi satu-satunya manusia kena barbeque ke apa ni? Kulit aku yang putih gebu ni buka boleh kena matahari, tak pasal-pasal jadi negro pulak aku kat sini.” Dia berkata sendiri sambil memuji diri sendiri. Bukannya semua orang tidak kenal dengan dirinya yang suka angkat bakul sendiri.
      Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Apabila dia memusingkan kepala , Harith dengan wajah yang tersenyum seperti kerang yang dah terlampau busuk yang dilihatnya. “ Along buat apa kat sini?” Harith bertanya kakaknya itu.
      “ Saja nak panggang diri sendiri.” Jawabnya dengan geram. ‘Dah Nampak aku tercongok kat sini, mestilah nak cari kau.’sambungnya dalm hati.
     “ Along ni nak bergurau pulak. Adik Tanya betul-betul ni.” Harith membalas. Dia pula yang berasa geram dengan sikap kakaknya yang bergurau tidak kena tempat itu.
“ Kau tengok muka along yang comel ni ada part gila-gila ke? Takda kan?” soalnya dengan marah. “ along kat sini mestilah sebab nak jumpa kau. Angah mana?” sambungnya lagi.
“ Dia ada kelas tambahan sampai pukul tiga. Lepastu dia nak main bola pulak dengan geng dia. Mungkin dia balik pukul lima kot?” Harith menjawab. Kini dia sudah tidak marah lagi.
“ Perh, datuk dia berjanggut. Takda lama lagi ke dia nak duduk kat sekolah ni? Kan senang bawak tilam dengan bantal sekali je terus. Tak payah balik rumah. Sekolah dia nikan rumah baru dia.” Tergelak Harith mendengar kata-kata kakaknya yang terkeluar secara spontan itu. ‘ gila punya kakak.’ Katanya dalam hati. Nanti tak pasal-pasal dia dibelasah pula jika kakaknya terdengar.
Farisya pula memandang pelik. Aku buat lawak ke tadi? Ke dia ni yang gile. Choi! Talak guna punya kakak. Ada ke patut adiknya dikatakan gila.
“ Along nak balik ke?” Harith menyoal lagi. “ Tak, along nak pergi jamban. Hahaha.” Dia mengenakan adiknya. Inilah baru betul Farisya Izyani yang asli. Otak masuk racun punya budak.
“ Along nak makan kaki ke?” Harith membalas geram. Terkena pula dia. “ Haha, kalau boleh, buat sup ayam kaki. Mesti sedap. Adik nak?” Farisya menjawab selamba. Sengaja dia ingin menyakitkan hati adiknya itu. Wajah Harith yang cemberut itu menggelikan hatinya.
“ Alalala....marah ke. Muncung tu jangan panjang sangat. Nanti takda awek nak melekat.” Farisya cuba memujuk walaupun dia tahu Harith hanya berpura-pura merajuk.
“Along ni saja tau..” Harith berkata. Kemudian dia tersenyum. Memang dia tidak boleh merajuk lama-lama dengan kakak sulungnya itu. Pasti tidak akan pernah menjadi.
“Hah! Tukan handsome bila senyum...Jomlah, kita pergi kedai ibu. Dia dah tunggu lama tu. Tak pasal-pasal bila kita sampai, ibu dah berjanggut nanti.” Tergelak Harith mendengar lawak Farisya. Memang gila betul otak kakaknya itu.
Seketika kemudian, mereka bersama-sama mula menunggang basikal untuk ke kedai ibu mereka.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
“Ibu....oh, ibu...” sayup-sayap suara itu menjengah ke gegendang telinganya. kemudian, dia tersenyum. Siapa lagi kalau bukan anak-anaknya yang berani menjerit macam tarzan di kampung itu. Beberapa saat kemudian, muncul wajah anak-anaknya yang  tersenyum ke arahnya.
“ Ibu...tengah buat apa tu?” Harith bertanya. ‘ comel pulak mak aku hari ni..dah macam Barbie doll pulak aku tengok’ bisiknya dalam hati apabila dia melihat ibunya tersenyum.
“ Waalaikummussallam warahmatullahiwabarakatuh....” panjang lebar Puan Aizal menjawab salam dalam erti kata sebenar iaitu MENYINDIR!
“ Haha...asalamualaikum...ibu.” Harith membalas sambil ketawa. “ Along, dah beli apa yang ibu suruh?” Puan Aizal bertanya kepada Farisya yang berdiri di sebelahnya.
“ Dah...Rith ambilkan plastik dalam bakul basikal along tu.” Farisya memberi arahan kepada Harith. Kemudian plastik tersebut dihulurkan kepada ibunya. “ Angah mana?” ibunya bertanya lagi.
“ Dekat sekolah. Nanti dia baliklah tu.” Gadis itu menjawab malas. “Ibu jom balik..Along dah penatlah. Lagipun ibu dah habis jual semua nasi lemak kan?” gilirannya pula untuk bertanya. Lagipun badannya memang letih pada waktu itu.
“ Yelah.. Along dengan adik tolong ibu kemas dulu. Lepas tu kita bali sama-sama. “ wanita itu membalas sambil mengelus lembut wajah anak sulungnya itu. “ Okey!” serentak anak-anaknya itu menjawab. Tergelak Puan Aizal melihat telatah mereka.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Bab 3 will be published soon.....wai tau Aisya.. on the way

♥ Thanks for reading ♥

2012-07-04

kecewa hati den!!

Asalamualaikum...

HAH!!!!!! Kecewanya!!
Oh, Andhika, kenapa kau dah kawen???aku minat giler kat kau tau..
hah......bencinya, cintaku dirampas orang. cewah.. padahal aku yang minat kat laki orang...
  

            



              

Handsomenya...cute...Hah!! kenapa kau tak kawen jer ngan aku...happy jer hidup. perh merapu jer aku ni. Plis remember ok.. dia tu laki orang. hah, i hate him..no.no.no, i like him...haha, poyo tul
♥ Thanks for reading ♥