2012-06-28

Sorry my lovely blog

Asalamualaikum...

lama dah x update blog..rindunya ngan blog. sorry ya my lovely blog,
n sowi gak pasal novel saya untuk bab 1 agak tunggang-langgang.
♥ Thanks for reading ♥

sinopsis novel

   Farisya Izyani, seorang gadis yang dilahirkan di kampung. hidupnya dan keluarga adalah serba kekurangan. ayahnya pula telah lama meninggal dunia.

   Adam Hayqarl, dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya. mereka berdua bertemu dalam satu kejadian yang menyebabkan mereka berdua harus dinikahkan. Adam dengan egonya, Farisya dengan otaknya yang gila-gila dan selamba. dapatkah mereka meneruskan perkahwinan tersebut.

Ikmal yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Farisya, Adam yang hatinya sudah lama hancur kerana seorang wanita iaitu Mariam yang lebih dikenali sebagai Mary. siapakah jodoh mereka yang sebenarnya??
tadaaaa... korang bacalah ya..
♥ Thanks for reading ♥

sambungan bab 1


Sawah yang terbentang luas di hadapannya di pandang. Jiwanya terasa tenang saat itu. Tiada kata-kata yang yang dapat menggambarkan perasaannya. Hanya rasa bersyukur yang tersemat  dalam hatinya. Walaupun dari kecil dia dibesarkan dalam keadaan yang susah, namun dia tidak pernah dahagakan kasih-sayang. Baginya kasih-sayang lebih berharga daripada wang ringgit. Tiba-tiba sahaja muncul wajah seseorang di mindanya .
       "Along! Buat apa tu. Jauh mengelamun!" Haziq menegur sambil menepuk bahu Farisya. Terkejut juga rasanya apabila melihat kakaknya itu duduk sendirian di atas pangkin belakang rumah mereka.
      " Alah, angah ni kacau lah!" marah Farisya. ' Baru aku nak termenung, ada jer yang kacau' marahnya lagi dalam hati. "Along rindukan arwah ayah ke?" Haziq cuba meneka. Memang itu yang akan dilakukan jika kakaknya itu rindukan arwah ayah mereka. Sudah lebih 6 tahun ayah mereka meninggal dunia akibat dipatuk ular ketika sedang menoreh getah. Waktu itu dia masih berusia 11 tahun manakala kakaknya berumur 14 tahun. Harith pula baru berusia 10 tahun.
" Memang ya pun" Farisya mengiyakan kata-kata Haziq. Hubungan mereka beradua memang sangat rapat. Kerana itulah Haziq dapat membaca fikirannya. Hampir semua rahsianya dikongsi dengan Haziq. Harith pula bersikap lebih matang dan 'introvert'. Kebanyakan rahsianya disimpan daripada pengetahuan abang dan kakaknya. Namun, apabila angin terlebih nakalnya menjelma, semua orang pasti disakatnya.
 " Along..." panggil Haziq. " Apa?" Farisya bertanya sambil memandang wajah adiknya itu.
 " Tenang kan suasana kampung kita ni? Setenang hati ibu. Walaupun ayah dah lama tinggalkan kita, tapi ibu tetap sabar. Orang kampung selalu hina ibu kan, along?" Adiknya itu berkata sebak. Hampir sahaja Farisya menitiskan air matanya tetapi sedaya-upaya ditahannya kerana tidak mahu dianggap lemah oleh adiknya.
 "Kenapa angah cakap macam tu?" tanyanya walaupun dia memahami apa yang dimaksudkan oleh adiknya.
 " Along! Angah! Buat apa tu?" Baru sahaja Haziq ingin membuka mulutnya, tiba-tiba sahaja mereka terdengar jeritan Harith. " Tengah basuh baju." selamba Farisya berkata sambil cuba untuk tersenyum . " Banyak lah basuh baju! Korang cakap pasal apa ni. Poyo je muka masing-masing" Harith bertanya pelik.
 " Along miss ayah." jawab Farisya perlahan.  Kematian ayahnya itu adalah mimpi ngeri baginya. Hasratnya yang mahu meringankan beban ibunyalah yang menyebabkan dia tidak teringin untuk menyambung pelajaran. Dahulu, dia pernah membanggakan keluarga serta orang kampungnya kerana mendapat kejayaan  10A+ dalam  SPM. Banyak juga surat tawaran yang pernah dia dapat, tetapi kesemuanya ditolak kerana kasihan akan ibunya. Lagipun jika dia melanjutkan pelajaran, pasti dia memerlukan wang belanja yang banyak.
 “ Along jangan lah macam ni. Ayah kan dah lama tinggalkan kita semua. Lagipun ajal ayah dah sampai waktu tu, kita pun dah tak boleh uat apa-apa pun. “ jawab Harith memberi dorongan kepada kakaknya. Dia pun bukan sahaja kasihan akan ibunya tetapi perasaan itu turut dirasakan terhadap kakaknya.
 Baginya ibu dan kakanya adalah wanita yang paling cekal yang ada di dalam dunia ini. Farisya sanggup bekerja secara senyap hanya kerana mahu membantu ibunya. Puan Aizal pula adalah seorang ibu yang tidak suka menyusahkan anak-anaknya. Kerana itulah Farisya sedaya-upaya  tidak memberitahu ibunya bahawa dia sering mengambil upah bekerja dengan orang kampung seperti Pak Leman dan ramai lagi. Kadang-kadang, wang tersebut dia berikan kepada adik-adiknya jika ibunya tidak mempunyai duit.
“ Angah ni pulak mesti tengah fikir pasal ibukan?” dia bertanya Haziq pula kerana pelik dengan wajah murung abangnya itu. “ Yalah. Takkan nak fikir pasal lembu mak Jah pulak.” balas Haziq yang geram dengan soalan adiknya itu.
Tergelak Harith mendengar jawapan abangnya.’ Kalau nak buat lawak pun bagilah muka comel sikit. Ni tak muka tebeq juga kau nak bagi angah’ katanya dalam hati sambil tersenyum.  
“ Dahlah tu. Jom kita masuk rumah. Yang dah lepas tu tak payah fikir lagi. Yang penting sekarang ni adalah tentang our future .” Harith cuba menasihati abang dan kakaknya.
‘ Kan aku dah cakap. Budak nie kalau time matured dia dah mai, memang seriau tahap gaban.‘  kata Farisya dalam hati. ‘Aku dengan angah baru nak berdrama swasta kat sini hang dah ajak masuk rumah.’ Sambungnya lagi. Memang itu tabiatnya dari kecil. Jika dia bersa tidak puas hati, pasti dia akan mengutuk dalam hati. Ibunya juga sudah tahu dengan sikapnya itu .
“ Yelah.” Jawab Haziq. Lagipun jika dia tidak mendengar kata-kata Harith, pasti banyak segala datuk punya ceramah yang harus dia dengar nanti. Bukannya dia tidak kenal dengan sikap adiknya itu.  Akhirnya, ketiga-tiga mereka masuk ke dalam rumah .  

**********************************************************************************
“ Asalamualaikum, ibu.” Farisya memberi salam kepada ibunya yang ralit menjual nasi lemak. Dia baru sahaja pulang dari kandang  Pak Mat yang berada di hujung kampong. Memang kebiasaannya untuk membantu di kandang itu setiap hari Rabu. Bolehlah dia dapat upah sedikit. Namun hal itu dirahsiiakan daripada pengetahuan ibunya.
“ Waalaikummusallam. Along dari mana ni ?” Puan Aizal bertanya sambil membungkus nasi lemak untuk seorang pelanggannya. Dari rumahlah ibu. Lagipun along yang baik lagi brilliant ni nak tolong ibu. Mesti ibu penat kan?” selamba Farisya membohong sambil melentokkan kepalanya di bahu Puan Aizal.
“ Alah, baiknya anak ibu ni. Ikut perangai siapa ni?” sengaja Puan Aizal melayan kerenah anaknya itu. Dia memang manja  jika berada dengan salah seorang daripada anak-anaknya. Tetapi jika ketiga-tiga anaknya ada bersama, dia akan mula menjadi singa seperti yang dipanggil oleh anak sulungnya.
“Sure lah along ikut ibu kan? Haha.. tapi kalau yang bab singa tu along tak ikutlah sebab along kan comeii.” Katanya sambil tergelak. Dah mulalah drama masuk bakulnya itu.” Wah kenakan ibu eh.” Ibunya menjawab sambil mengambil bayaran daripada pelanggannya. Kemudian pandangannya dialihkan pula kearah Farisya.
“ Along tolong ibu sikit boleh tak?” tiba-tiba Puan Aizal bertanya. “ Surelah boleh. Ni alonglah ibu. Saya along mau tolong gotong-royong tau.” Balasnya sambil membuat lawak. Terkekeh-kekeh dia dan Puan Aizal ketawa. “ Apa-apa jelah, anak ibu ni. Nanti tolong pergi kedai Uncle Leong, pastu belikan ibu ikan cencaru dalam tiga ekor dengan cili sikit eh?” Puan Aizal member arahan selepas ketawanya reda sambil menghulurkan beberapa helai duit . Jika makin dilayan kerenah anaknya itu makin menjadi-jadilah perangainya.
“ Yes bos.. duit ni ibu simpan jelah. Simpan jer. Lagipun along ada duit sendiri.” Katanya sambil meletakkan semula wang di atas telapak tangan ibunya. “ Tapi mana along da..” belum sempat Puan Aizal menghabiskan ayatnya, Farisya sudah terlebih dahul memotong.
“ Along ada lagi duit yang ibu bagi kat along minggu lepas.” Farisya berdalih. Sengaja dia berbohong padahal duit itu adalah upah yang diberi oleh Pak Mat.
“Along pergi dululah eh. Bye, asalamualaikum.” segera dia meminta diri kerana takut disoal-siasat oleh ibunya. Bukannya dia tidak tahu, jika ibunya membebel memang sebiji dan sejibi seperti polis pencen.

**********************************************************************************

♥ Thanks for reading ♥