2012-05-28

blanknya!!!!

Ngah tak ada idea on how 2 continue my novel...Arhh, can someone help me???
♥ Thanks for reading ♥

2012-05-26

kenapa orang selalu salah faham?????????


Asalam, actuali, kat sekolah, saya ada pakai tudung yang dijahit dngn kain putih kat bwh dagu. Sume org yg nmpk saya mesti slh pahm. Ada yg bernggpn burk. Dorang ckp, saya ni kononya nak tnjk bguslah, waraklah n so on. Saya pelik jgk nape ada jugk yg pikir cam 2. Padahl bwh dagu 2 kan kira aurat. Bkan saya nk ckp yg saya ni kuat agama, but saya cuma wat apa yg saya belajar. Saya pun mengku yg saya ni still jahil n iman pun x kuat. Ada pulak yg pikir bila saya pkai bnda 2, it mins dat i'm 2 prfect n x boleh wt salah lnsung. Bila saya wat slightly mistake, ada yg ckp x guna saya pkai tudung cam 2 kalau saya kuang ajar/jahat. Nape msti ckp cm 2 ?? No one is prfect in dis world. Saya cuma ttp uarat but it doesn't min dad saya nie ssmpurna nabi. Korng pun brtudung, maksdnya korang ttp aurat cuma bkn untk part bwh dagu jer, tul x ? Jadi is dad mins korang x prnah wat salah? Hah? Msti ada kan bab zaman skang ni we can never found any prfect person. Tolonglah faham. Saya cuma wat apa yg saya rasa tul n x da niat pun nak tunjuk2 kos i do dad untk Allah. So, plis undrstnd me. Saya tulis ni bkn untk marh or malukan owg len but saya dh xda tmpt lagi nk luahkn prasaan. Salam.

 Sincerely, miss L yg memang menglami tekanan prasaan yg mungkin, owg gila lagi waras.

♥ Thanks for reading ♥

2012-05-25

sambungan novel


Sakit, pedih, geram. Semuanya dirasakannya saat ini. Ingin sahaja dia menangis tetapi niatnya itu dibatalkan kerana takut  ditertawakan nanti. Bukan Farisya Izyani binti Fayyad  namanya jika dia menangis. Janganlah pernah berharap
      "Auww! Sakitnya ibu. Janganlah urut kuat sangat!" jeritnya. Air matanya juga sudah menitis 'Cis, baru aku  berangan tak nak nangis, tapi takat mimpi jelah !' marahnya dalam hati.
     " Itulah, kan ibu dah cakap banyak kali jangan panjat pokok. Tapi kau degil, kan? Hah, padanlah muka kau. Lepas ni kau cari seekor monyet. Lepas tu korang tukar jenis. Biar kau jadi beruk, beruk tu pulak kasi tukar jadi kau. Kan senang! " Puan Aizal mula membebel. Haziq dah Harith pula mentertawakan telatah mereka berdua. Kalau time geram Puan Aizal dah sampai, bersiap-sedialah untuk menerima das-das tembakan daripada mulutnya.
      ' Aku baru jerit sikit, ibu dah pot-pet, pot-pet. Kalau macam ni, monyet pun tak sanggup nak jadi anak dia.' Farisya mengomel tentang sikap ibunya itu. " Ni mesti kau mengutuk ibu ni kan? "  Puan Aizal meneka. Memang dia sudah sedia maklum dengan sikap anak sulungnya itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia memicit punggung Farisya  dengan lebih kuat lagi kerana geram dengan kedegilan anaknya itu.
     " Mana ada ibu. Along yang baik lagi comel ni takkan kutuk ibu." balasnya menahan sabar. Padahal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.
" Ni semua korang punya pasal lah." dia menyalahkan adik-adiknya pula. " Siapa suruh along jadi bendul" jawab Harith. " Along tahu tak orang gila je  yang sanggup dengar cakap kita orang tau." Haziq pula menambah sambil ketawa.
 " Kurang asam jawa punya budak. Jadi korang cakap along gila la kan? Along tarik jambul korang kang, sepuluh tahun, sepulu bulan, sepuluh hari, sepuluh jam, sepuluh minit dan sepuluh saat korang pengsan tau." balasnya tercungap-cungap. Kembang-kuncup hidungnya kerana dapat membalas kenyataan adik-adiknya. Memang prinsip hidupnya untuk tidak  mengalah ketika bercakap. Lagipun dia pernah mengharumkan nama sekolahnya dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah. ' Amacam terror tak aku? Haha aku ni champion tau' dia memuji dirinya sendiri di dalam hati.
 " Dah, cukup! Dah malam pun masih nak bergaduh lagi ke. Pergi masuk tidur sekarang. Esok angah dengan adik nak sekolah kan?" marah ibu mereka. " Yelah" serentak mereka bertiga menjawab sambil menuju ke bilik masing-masing.
 
**********************************************************************************
 


♥ Thanks for reading ♥

novelku

salam...
actually novel nie jus saja2 jer..
kalau dia punya her, nama dia Adam haiqal, untuk heroin pulak, farisya izyani n banyak agi ar..untuk prmulaan jus tulis untuk strting jer...eh memng ar start starting dulu kan? xkan nak start ending pulak, tul tak. isy songai tul aku nie..
apa2 pun, slamat mmbaca part dia ngan adik2 dia (risya) dulu k?

bab 1


Atas bawah, atas bawah. Hanya itu yang diperhatikan. Hatinya pula macam nak menggila. Kusut pula fikirannya tatkala itu. Tangannya pula asyik menggaru kepalanya walaupun tidak berasa gatal.
  “Kau biar betul nie??”soalnya kepada orang yang berada di bawah.
  “Betul lah nie…cepat lah sikit. Takut ker? Bukan tadi kata berani sangat ker?” sakit telinganya mendengar jawapan manusia di bawah itu. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja dia menjerit tetapi bila diingatkan singa yang berada di dalam rumahnya, rasa terbantut pula niatnya.
  “Long, kau nie nak panjat ke tak? ” Haziq menjerit dari bawah untuk menyedarkan kakaknya yang sudah terbang entah ke mana. ”Along, kot ya pun nak melamun, tunggu time tidur jer.” Harith, adik bongsunya  pula menambah.
  “ Korang cakap senang lah. Suruh aku buat kerja bodoh jer! Kalau pokok ni rendah takpe jugak, nie tinggi tahap cipanzi kau tahu tak?” jawabnya dengan perasaan geram. Kemudian dia toleh ke atas pula.’ Mak ni mangkuk ayun jer yang berani buat’ katanya dalam hati setelah membayangkan yang dia harus memanjat pokok kelapa yang dirasanya tinggi tahap gaban. Dan puncanya adalah kerana Haziq yang teringin sangat mahu minum air kelapa. Kononnya boleh sejukkan badan. ‘banyak kau punya sejuk, aku yang macam gorilla kene bakar kat atas ni, kau tak kira’ ngomelnya lagi di dalam hati.
  “ Along! Oh along! Angah! Adik! Mana pulak tiga budak bertuah tu merayau ni?” jerit seseorang.  Entah mana silapnya, gadis itu tiba-tiba  terjatuh kerana terperanjat akan jeritan seseorang yang dianggapnya singa itu.
  “ Ya Allah, along! Kenapa ni? Sedap-sedap je kau landing kat tanah tu kenapa?” soal Puan Aizal, ibu mereka bertiga.” Buruk sangat ke tilam dalam rumah kita tu sampai kau nak tidur atas tanah ni along? Kau dah buang tebiat ke apa?” soalnya lagi.
  “ Aww, sakitnya bontot aku. Ni diaorang punya pasal lah ibu. Si beruk dua orang ni yang suruh along panjat pokok tu.” sampuk gadis itu. “ dah kau bangun sekarang. Tak payah nak salahkan orang lain. Yang kau bendul sangat pi dengar cakap diaorang kenapa? Angah, adik, papah along kau nie  masuk rumah cepat!” marah Puan Aizal.
  “ Alah ibu pandai-pandai lah along bangun sendiri. Dia ni mengada-ngada jer lebih. Masih boleh bangun ni.” Haziq menjawab. “ betul tu bu. Along ni saja je nak manja. Gedik je lebih. Sapa suru dia ikut cakap kita, betul tak angah?” sampuk Harith.
  “ Ewah, suka-suka nenek lu je mengutuk aku. Bontot aku dan bengkak ni tau. Dah macam belon! Korang nak tengok?” gadis itu pula menambah. Kononnya mahu mempertegakkan kebenaran. “ Dah korang jangan banyak cakap. Angah, adik, angkat along sekarang. No angkat no cry. CEPATT!” Puan Aizal memarahi anak-anaknya. Kalau mahu mendengar alasan mereka bertiga, agaknya sehingga esok pun mungkin tidak akan habis. Dia sudah lali dengan sikap anak-anaknya yang kebudak-budakan itu.
  “ Yelah. Kang tak angkat, kita kena membebel pulak kang, betul tak adik?” Haziq membebel sambil memapah alongnya yang turut dibantu Harith untuk masuk kedalam rumah. Harith pulak hanya mengangguk kerana tidak berani untuk menjawab.

***************************************************************************

         

♥ Thanks for reading ♥

2012-05-24

freedom at last

Asalam,
alhamdulillah arie nie dah abis sumer exam yg pnting.....esok tinggal satu exam jer lagi iaitu Sivik lah apa lagi...but arie nie ada gak smting bad yg jadi.....dahlah x le gie camping pastu lukisan PS pulak cam shit jer.....rasa2 cipanzi lukis lagi cntik....apa2 pun, bnda tu tak jadi masalah pun bab sumer tu ujian from ALLAH n that's mean that ALLAH loves me....kan-kan-kan????haha...yg pasl cmping tu pun adalah tanda kasinh-sayng from my parents...lagipun kalau pergi without their permission pun x kan jadi apa2 pun kan...dalam hidup nie...cuma kasih-sayang from our parents yg berharga...
dah lah tutup citer pasal sumer tu...skang nie nak plan wat novel lak start esok....
isi masa kosong jer...sajo2
apa2 pun motivasi pasal agama pun insyaallah masih akan diteruskan
♥ Thanks for reading ♥

2012-05-04

Jika anda mengingati Allah ketika senang, Allah pulak akan mengingati Anda ketika anda susah


Asalamualaikum,

Hari nie saya nak kongsi citer tentang smting that I pick from a book.
Try untuk faham k :)

Nabi Yunus a.s. telah mengalami keadaan ketika baginda berada di dalam perut ikan. Cuba anda semua bayangkan betapa gelapnya persekitaran tu…kalau x le jugak, try ingat masa wktu kecik, sewaktu anda takut berada dalam tandas yang gelap n u’re alone on that time….mesti korang takut kan???

       Itulah yg baginda rasa bila dadanya terasa sesak, gelisah pulak menjadi-jadi..waktu tulah baginda meminta tolong pada Allah Yang Maha Luas rahmat-Nya dan Maha Menerima Taubat. Baginda bermunajat,

   “ Sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.”

                                                                     ( Surah Al-Anbiya’ : 87)

Kemudian, dengan pantas Allah mmberi bntuan. Allah s.w.t berfirman : “ Lalu Kami mengabulkan dia dan menyelamtkan dia dari kegelapan. Begitulah Kami menyelmtkan org yg beriman.”
 
                                                                      ( Surah Al-Anbiya’ : 88)

      Lantas Allah mndengar prmohonan Yunus itu. Kemudian Dia menyuruh ikan itu mengeluarkan Yunusdi tanah yg luas. Yunus keluar dari perut ikan di sebuah pantai yg luas dlm keadaan lmah dan sakit.

     Then, Allah menmbuhkan pokok yaqtin kat situ n secara pelan-pelan Yunus makin kuat dan sihat. Baginda menkmati kegmbiraan semula dlm hidupnya.

       Macm tulah keadaan org yg sentiasa mengenal Allah pd wktu senang dan akan sentiasa ditolong Allah bila menghadapi kesusahan dan mmrlukan prtolongan.

Saya jugak bukan org yg smpurna tapi sebagai manusia, I just wanna share dngan sumer org….sama-sama kiter doa agar masing2 akan jadi manusia brtaqwa n always remember Allah….Ok??

Kalau ada2 apa-apa yg slh jangan segan nak comment tau….

♥ Thanks for reading ♥