2012-10-28
Sorry...
I'm not in the mood to write n update my blog. so, sorry.. i know that i'm annoying.
♥ Thanks for reading ♥
2012-09-15
cerpen ( Engkaulah pencuri hatiku) full punya from A-Z
asalam. yeah!!!finally abis gak cerpen ni. sebenarnya bukan cerpen pun dah macam cerita panjang dah. korang jangan boring tau kalau baca. ni baru first time tulis.. so, jngnlah expct 100% okey... selamat membaca.
♥ Thanks for reading ♥
Ring!!Ring!!Ring!!bunyi itu membingitkan telinganya. Segera dia bangun dari perbaringan lalu menuju kearah meja soleknya. telefon bimbitnya diambil lalu ditekannya punat hijau. “ Pukul lapan. Dekat tempat biasa.” Orang yang menelefonnya itu berkata. Belum sempat dia bertanya apa-apa, panggilan tersebut dimatikan oleh orang yang menelefonnya. Terbit keluhan di bibrnya.
***************************************************************************
“ Itu ker?” Balqisy Saffiyya itu bertanya untuk mendapatkan kepastian. Malas pula rasanya untuk mengikut arahan gadis yang baru dikenali tidak sampai seminggu itu.
“ Yerp…sekarang awak tahukan apa yang awak patut buat.” gadis itu bertanya kepada Saffiyya.
“ Awak biar betul ni?” Saffiya bertanya buat kali yang kedua. “ Isy..saya taknak buatlah. Saya ni bukan pelakon. Awak suruh orang lain tak boleh ker?” sambungnya lagi dengan wajah yang kusut.
“ Awak tak ingat ke yang awak dah berhutang dengan arwah kakak saya. Anggap jer yang awak sedang tebus balik apa yang awak pernah pinjam. Awak tak perlu cakap apa-apa pun kan. Lagipun saya perlukan mata tu untuk jalankan rancangan ni. Cepat, jangan nak buang masa. Pakai purdah tu cepat!” gadis itu memberi arahan.
Saffiyya segera memakai purdah yang dibawanya apabila mendengar arahan tersebut. Kemudian dia menuju kearah lelaki yang ditunjukkan oleh gadis itu. Apabila dia sudah berjaya mendekati lelaki tersebut, dengan sengaja dia berpura-pura terlanggar lelaki itu dan jatuh ke lantai.
Adam Mikhail yang terasa bahunya telah dilanggar segera menuju kearah Saffiya dan membantu gadis itu bangun. ‘ Target aimed!’ Saffiya menjerit dalam hati dan segera memalingkan wajahnya kearah wajah Adam. Kemudian ditenungnya mata lelaki itu.
Tiba-tiba, Adam merasakan bagai ada satu arus eletrik yang mengalir di dalam tubuhnya apabila matanya bertentangan dengan mata Saffiyya. Kemudian dengan tidak semena-menanya badannya terdorong ke belakang dan terjatuh. “ Abang!” Anis iaitu adik kepada lelaki itu menjerit apabila melihat keadaan abangnya itu. Saffiyya pula dengan segera cuba melarikan dirinya.
***************************************************************************
“ Yes!! I’m done!” jeritnya kegirangan setelah apa yang direncanakan telah berjaya. Kemudian gadis itu melemparkan senyuman kearah gadis yang duduk bertentangan dengannya itu. Namun, senyumnya terhenti apabila gadis tersebut hanya bermasam muka.
“ Kenapa ni? Kan saya dah buat apa yang awak suruh. Yang muka awak masam semacam ni kenapa.” Saffiyya cuba bertanya. ‘ aku dah buat salah ke tadi sampai muka minah ni jadi macam mangga terlebih masak jer.’ dia menyoal dalam hati sambil cuba berlagak tenang.
“ Excuse me, Cik Balqisy Saffiyya binti Omar! You’re not done yet. Masih banyak lagi yang awak perlu buat okey!” gadis itu berkata tegas.
“ Excuse me, Cik Syakirah! I know that I’m not done yet. Tapi tadi semuanya tip top kan? And I guess you should thank me okey! Patutnya awak bersyukur tau sebab saya nak tolong awak.” Balasnya dengan geram kerana dilayan sebegitu oleh adik kepada penderma matanya. Dahulu dia adalah seorang gadis buta plus anak yatim. Tetapi, hidupnya berubah kerana telah mendapat mata baru daripada seorang penderma iaitu kakak si makhluk aneh di hadapannya itu. Dan sekarang hidupnya jadi kusut pula kerana gadis itu menyuruhnya melakukan perkara yang dirasakannya hanya membuang masanya.
“ But you owed me! Remember that!” Syakirah pula membalas dengan geram. Mahu sahaja dia sepak gadis di hadapannya itu. ‘ nasib baik muka kau comel, kalau tak naya je kau dapat mata kakak aku!’ marahnya dalam hati.
“ Not you, but your SISTERRRRR!!!! Remember that!!” marah Saffiyya. “ Apa-apa jelah!” Syakirah mula mengalah. Kemudian Saffiyya tersenyum puas. Gembira hatinya kerana dia yang menang.
“ You know what, I really need your help. And your cooperation. Anggap yang awak sedang balas budi my sis okey.” Syakirah cuba memujuk sambil melemparkan senyuman yang manis kearah Saffiyya. Jika dia berkeras, tidak jadi pula rancangannya nanti. Jadi, terpaksalah dia mengalah. Walaupun gadis di hadapannya itu adalah lebih tua daripadanya, tetapi rasanya perangainya yang lebih matang.
“ Yelah.” Saffiya membalas lemah. ‘ kenapalah aku kena buat semua ni. Dahlah jadi penganggur terhormat yang terbaik dari ladang sekarang ni.’ sambungnya pula dalam hati sambil memintal-mintal hujung kain tudungnya.
“ Oh ya…saya nak tanya, siapa lelaki tadi tu? Lepas tu, kenapa bila dia nampak mata your sis ni, dia jadi macam..macam..erh..” Saffiyya cuba memikirkan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan lelaki yang baru dijumpainya tadi.
“ Macam kena elektrik.” Syakirah cuba meneka. “ Yes! Haah…betullah tu. Kenapa ek?” Saffiyya membalas.
“ Because he’s my late sister’s fiancĂ©.” Gadis itu menjawab dengan tenang. Saffiyya pula sudah kebingungan memikirkan apa yang dikatakan oleh Syakirah. “ My late sister’s fiancĂ©…Oh!! I’ve got it. Faham…faham..faham…” Saffiyya menjerit sambil tersenyum.
“ Tapi, kenapa awak suruh saya buat semua benda bodoh tu eh?” sambungnya lagi sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu. Gimik jer!!
“ Sebab abang Adam dah hilang ingatan. Benda tu jadi when he knew that my sis dah tak ada..well, I mean meninggal. Dia stress sangat masa tu sampai dia bawak kereta laju sangat and he was injured in a very bad car accident. Lepas dia lost his memory, our parents decided untuk lupakan semua benda dan berpura-pura macam tak kenal. Diaorang taknak abang Adam ingat my sis lagi because they scared that abang Adam akan jadi lebih teruk. Our family still contact each other but abang Adam tak tahu pun and I guess dia memang tak kenal my family. At first, saya cuba pujuk my parents untuk stopkan semua ni. I just thought that semua benda ni macam tak betul.” Panjang lebar gadis itu menerangkan segala-galanya. Kemudian dia menarik nafas panjang dan cuba untuk menyambung semula kisah hidupnya. Air matanya juga hampir sahaja menitis.
“You know, abang Adam berhak ingat semua kenangan dia dengan my sis. Dulu saya jahat sangat dengan my sis tapi masa dia meninggal baru saya sedar yag sebenarnya saya sangat sayangkan dia. Saya Cuma nak abang Adam ingat siapa my sis. Saya tak sanggup biarkan semua kenangan between my sis dengan abang Adam terkubur macam tu jer. Bagi saya, perbuatan our parents sangat kejam. Sebab tu saya perlukan awak.. saya nak awak tolong saya dengan gunakan mata my sis tu untuk pulihkan semula memory abang Adam.” Sambungnya lagi sambil merenung tepat kearah anak mata Saffiyya. Air matanya kini sudah mengalir deras. Dengan tidak semena-menanya dia bangun menghampiri Saffiyya lalu memeluk gadis itu. Saffiyya yang terkejut hanya membiarkan perlakuan gadis itu. Dia juga sebenarnya memang dahagakan kasih-sayang.
“ It’s okay..sabarlah. semua ni ketentuan Allah. Saya janji saya akan tolong awak okay.” Saffiyya cuba memujuk.
“ I really miss her. Really..really miss her. When I hug you, I feel like hugging my own sister. When I look into your eyes, I feel like looking at my own sister. It was my fault for being so rude to her all this while….so..so rude. I didn’t appreciate semua kasih-sayang dia selama ni. Saya kejam sangat…” gadis itu meluahkan perasaannya di bahu Saffiyya. “ Tak pa..semua tu dah lepas. Saya yakin dia dah maafkan awak. Trust me, awak adalah adik yang terbaik..okay?” saffiyya berkata lembut sambil mengesat air mata Syakirah. Satu senyuman dilemparkan kepada gadis itu.
***************************************************************************
Wajah adiknya ditenung. Semakin lama ditenung semakin sakit pula kepalanya. “ Abang are you okay?” Anis bertanya abangnya apabila dahi abangnya itu berkerut menunjukkan bahawa kepalanya sakit.
“ Do you know who’s that girl?” adiknya itu bertanya lagi. Tiba-tiba pula dia rasa seperti mahu mencekik wajah adiknya itu. “ No! No! berapa kali Anis nak tanya soalan yang sama ni? Kan abang dah cakap abang tak kenal lansung siapa minah arab tu. Faham tak? “ jawabnya denga nada marah.
“ Relakslah..poyonya abang ni. Anis tanya jer kan. But abang, what makes you soooo sure yang that girl tu minah arab or just because dia pakai purdah.” Anis cuba bertanya abangya soalan yang dari tadi ingin dia soal. “ Betullah tu.”
“ Huh! Dah agak dah. Dahlah..Anis nak keluar ni. Ubat tu jangan lupa makan, nanti mama marah pulak.” Gadis itu mengingatkan abangnya sambil menuju untuk keluar dari bilik abangnya itu. “ Yelah mak nenek!” Adam membalas sambil cuba mengembirakan hatinya meskipun dia masih berasa pelik pada waktu itu. “ Banyaklah. Abang tu apa? Datuk!!” adiknya pula membalas dari ruang tamu. “ Akan Datang! Don’t’ worry!” sengaja dia menjerit untuk menyakitkan hati adik kesayangannya itu.
***************************************************************************
“ This is the part of me that you never gonna ever take away from me, yeah!” gadis itu menyanyi sambil membaca novel di atas katilnya. Kepalanya pula digoyang-goyangkan seperti penyanyi rock. Awie! Bergema satu rumah apabila gadis itu menyanyi. Para pembaca…inilah ciri-ciri penganggur terhormat… Jangan tokojot! Tiba-tiba, telefon bimbitnya menyanyi pula.
“ Hai nak lawan tauke nyanyi nampak.” Saffiya berkata sambil menekan punat hijau. “ Halo…halo… siapa di sana. Rumah mayat Hospital Ampang bercakap..” gadis itu memulakan bicara.
“ Waalaikummusalam! Banyaklah awak punya rumah mayat. Cik penganggur, memandangkan awak sekarang ni tak ada kerja, esok saya nak awak pergi company abang Adam. Kat sana ada kerja kosong. Alamat dia nanti saya textkan.. okay, cik penganggur?” Syakirah memerli gadis itu. “ Yelah, bos.. kena pakai purdah tak?” Saffiyya bertanya.
“ No. Tak payah. Pakai macam biasa. Ingat tau. Asalamualaikum.” Gadis itu menjawab sebelum segera menutup telefonnya. “ Coit! Minah ni. Suka-suki kau call, pastu suka-suki kau tutup. Tahulah kau tu bos aku!” Saffiyya mengumpat dengan geram.
***************************************************************************
Fail di hadapannya ditutup. Buntu pula fikirannya saat itu. Kemudian dia terus menuju kearah bilik papanya, Datuk Amran Mikhail. Pintu bilik diketuk sebelum dia dibenarkan masuk. Apabila dia sudah berada di dalam bilik papanya, tiba-tiba dia melihat papanya sedang bercakap dengan seorang gadis bertudung yang tidak dapat dilihat wajahnya. Kemudian dia segera menuju kearah papanya untuk bertanyakan sesuatu.
“ Pa.. kenapa project dekat Bali tu macam ada yang tak kena?” Adam bertanya sambil meletakkan sebuah fail di atas meja papanya itu. “ Oh, Adam! Kenalkan ni, setiausaha baru Adam.” Datuk Amran tidak menjawab soalan tersebut malah memperkenalkan pula gadis tersebut kepadanya.
“ Pa… I’m asking a..” belum sempat ayatnya dihabiskan, gadis tersebut menyampuk. “ Hai, Encik Adam Mikail, saya Balqisy Saffiya. Your new secretary.” Apabila mata mereka bertembung, sekali lagi lelaki itu merasakan benda yang sama apabila mereka bertemu tempoh hari. Hampir-hampir sahaja dia terjatuh, namun digagahkan badannya untuk berdiri.
“ Awak..” lelaki itu bersuara perlahan. “ She’s your new secretary, Adam.” Papanya pula menyampuk.
“ Kita perrnah jumpa ke dekat mana-mana ke sebelum ni?” Adam cuba bertanya. Saffiyya hanya menggelengkan kepala apabila disoal begitu.
“ So Encik Adam, memandangkan saya sudah diterima bekerja di sini, apa yang perlu saya buat.” Gadis itu bertanya sambil berlagak tenang. Kemudian, dia sengja mengecilkan matanya sambil merenung dalam kearah anak mata lelaki di hadapannya itu. Sekali lagi, Adam terasa dirinya bagai terkena arus eletrik. Saffiyya mula tertawa dalam hati. ‘ Lawak gila mamat ni.’
“ Buat jelah apa pun. Pa, Adam balik bilik dulu.” Dia segera meminta diri. Jika lebih lama dia berada di dalam bilik itu, mati kejanglah dirinya tidak lama lagi.
***************************************************************************
“Lalalalalaallala” Saffiya bernyanyi-nyani kecil sambil bermain-main dengan batang pennya. Kini, sudah genap tiga bulan dia bekerja di syarikat Datuk Amran dan selama itulah bermacam-macam cara dia cuba untuk memulihkan ingatan Adam Mikhail tetapi gagal. ‘ Memang dasar kepala batu. Batu apalah yang hentak kepala mamat tu sampai berbulan-bulan pun kau tak boleh ingat. Cepatlah kau sembuh. Makin lama aku kat sini, aku pulak yang sakit otak nanti.’ Umpatnya dalam hati.
“ Hai. Buat apa tu?” Adam menegur Saffiyya apabila dilihatnya gadis itu seperti bosan. “ Boring ker?” sambungnya lagi.
“ Isy, takdalah Encik Kail. Saya tak boring tapi bosan.” Jawabnya selamba.’ Dah tahu tapi mahu tanya lagi. Tak ke bengap namanya’
“Haha.. awak ni funnylah. Anyway, kan dah banyak kali saya cakap dengan awak, jangan panggil saya Kail. Awak ingat saya ni apa?” lelaki itu membalas.
“ Fakta.” Saffiya menjawab malas. “ Encik Kail takda kerja ke?” sambungnya lagi dan masih menggunakan gelaran yang sama walaupun sudah banyak kali ditegur.
“ Takda. Fiya…. Jom keluar. Saya nak bawak awak pergi satu tempat ni. Jom. “ tiba-tiba lelaki itu mengajaknya keluar. “ Hah! Encik Kail nak rogol saya eh. Encik Kail jangan macam-macam….saya sepak nanti.” Gadis itu membuat andaian sendiri.
“ Isy, awak ni. Tak payah nak merapu boleh tak. Dah, jomlah. Jangan risau, saya ni baik.” Lelaki itu cuba meyakinkannya. “ Yelah.” Jawabnya sambil bersedia untuk bangun dari kerusi empuknya.
***************************************************************************
“ Isy, awak faham tak yang saya Tak Nak!” gadis itu menjawab dengan kuat. Sengaja dikuatkannya perkataan tak naknya itu.
“ Tapi, awak kan dah janji dengan saya.” Manusia di hadapannya itu pula berkata.
“ But I didn’t say by marrying him!” Saffiya membalas dengan geram. “ Tolonglah Fiya, kali ni jer…please.” Syakirah cuba memujuk.
“ Awak tahu tak ini berkaitan dengan hal hidup atau mati?” Saffiya menyoal pula. Mana tidaknya, pagi tadi apabila dia mengikut Adam ke sebuah tempat dan ternyata lelaki itu membawa dia ke rumahnya. Dan yang paling tidak dapat diterimanya adalah lelaki itu telah melamarnya di hadapan seluruh ahli keluarganya. And now, dia dipaksa pula untuk menerima lamaran tersebut.
“ Yes, I know. Tapi Fiya, ini adalah satu-satu caranya untuk pulihkan ingatan abang Adam. Lepas dia sembuh, awak berhak buat apa-apa pun. Awak bebas lepas tu. Tolonglah faham Fiya. Anggap yang hutang awak dengan my sis akan habis lepas awak kahwin dengan abang Adam.” Syakirah merayu sambil menangis. Tinggi harapannya untuk melihat Adam sembuh semula dan boleh mengingati kakaknya.
“ Macam mana kalau si Kail tu tak akan ingat balik. Awak nak suruh saya jadi bini dia sampai bila-bila. Hah? You know what, kalau saya tahu semua ni akan jadi, saya tak inginlah mata kakak awak ni. Saya lebih rela tengok kegelapan sampai saya mati daripada gadaikan seluruh hidup saya ni. Awak ingat saya ni apa? Batu! Yang takda prasaan. Hah?” Saffiya melepaskan semua yang terkubu daam hatinya. Sakit hatinya pada saat itu. Memang senang untuk seseorang itu menyuruh, tetapi susah untuk seeorang itu melakukan.
“ Fiya, saya sanggup melutut. Cakaplah ya.. Fiya. Tolonglah. Semua ni untuk arwah kakak saya. Tolonglah, saya merayu. Please.” Syakirah merayu sambil memegang lutut Saffiya. Air matanya makin deras mengalir. “ Tolonglah, akak. Please…” Saffiya yang mendengar hanya memandang wajah Syakirah dengan pandangan kosong. Hatinya tiba-tiba merasakan sesuatu yang tidak pernah dirasainya selama ini apabila gadis di hadapannya itu memanggilnya kakak.
***************************************************************************
“ Aku terima nikahnya Balqisy Saffiya binti Omar dengan mas kahwinnya lapan puluh lapan rinngit tunai.” Lafaz itu dirasakan seperti menghentak gegendang telinganya. Wajahnya pula sudah basah dek tangisannya yang dari tadi tidak berhenti mengalir. Bukan kehidupan ini yang dimahukannya. Orang ramai yang melihat mungkin berfikir bahawa itu adalah tangisan gembira tetapi baginya itu adalah tangisan penghancuran hidupnya. Tiba-tiba, dia terasa bahawa ada satu tangan yang menyarungkan cicin di jarinya. Apabila wajahnya diangkat, muncul wajah lelaki yang dirasakan hanya menghancurkan hatinya. Sakit hatinya apabila melihat senyuman di wajah suaminya itu.
“ I love you , sayang. Abang janji abang akan jaga sayang sampai abang mati. I promise.” Kata-kata itu terbit dari bibir lelaki itu sebelum dahi isterinya itu dicium dengan penuh syahdu.
****************************************@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Pintu bilik dikuak. Setapak demi setapak kakinya melangkah masuk. Dilihatnya isteri yang baru dinkahinya itu sedang duduk di birai katil. Apabila dia tiba di hadapan isterinya itu, dia mengambil tempat pula di sebelah Saffiya.
“ Fiya… are you okay sayang?” dia bertanya kerana terkejut apabila melihat isterinya itu menangis. “ Fiya, kenapa ni? Fiya sakit ker sayang?” dia bertanya lagi sambil memegang lembut tangan Saffiya.
“ Awak, saya…saya…saya mintak maaf.” tersedu-sedan Saffiya memulakan bicara. “ Kenapa sayang mintak maaf ni? Sayang tak buat salah dengan abang pun.” Suaminya pula menjawab. Kemudian, dia pula memegang lembut tangan sasa milik suaminya itu. Perlahan-lahan wajahnya diangkat lalu mata suaminya itu ditatap lama.
“ Awak, saya mintak maaf. Saya belum bersedia untuk jadi isteri awak. I’m not ready yet, awak. Maafkan saya..tolong beri saya masa. Saya tak layak pun nak jadi isteri awak.” Terasa seperti gugur jantungnya apabila mendengar kata-kata isterinya itu. Lalu, segera dia menarik tangannya lalu berdiri sambil menghadap wajah Saffiya.
“ If you were not ready, kenapa Fiya kahwin dengan abang? Kenapa Fiya?” soalnya sambil menggoncang bahu isterinya itu. “ Awak, maafkan saya. Saya cuma nak bahagiakan awak, tapi saya tak bersedia jer. Tolonglah awak, jangan buat saya macam ni.” Saffiya menipu. Pedih hatinya pada saat itu.
‘ Ya, Allah, Kau bantulah aku, Ya Allah.. Maafkanlah aku kerana aku mengecewakan suami aku sendiri.’ Bisiknya dalam hati. Kemudian dia beristighfar pula.
“ Ambillah sebanyak masa pun yang awak nak.” Suaminya berkata sebelum menghilangkan diri di dalam tandas. Sekali lagi air matanya mengalir deras.
+++++++++++++++&&&&&&&&&&&&&&&&*********************#################
Kini, sudah genap tiga bulan dia menjadi isteri kepada lelaki yang bernama Adam Mikhail dan selama itulah dia sudah dapat membiasakan dirinya dengan lelaki itu. Hubungan mereka juga semakin hari semakin rapat. Dia juga sudah tidak kekok lagi menjadi menantu kepada ibu bapa suaminya itu. Adam pula tetap memanggilnya seperti panggilan seorang suami kepada sang isteri. Cuma, dia sahaja yang tidak menggunakannya.
“ Fiya, boleh tolong abang tak? Kenapa susah sangat nak ikat tie ni. Abang dah lambat ni.” Suaminya memanggilnya yang sedang leka membaca novel di atas katil. Kemudian, dia segera menutup bukunya lalu berdiri di hadapan suaminya itu. Tangannya lincah membuat sesuatu kepada tie suaminya itu. Tetapi, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“ Okey, done!” Saffiya menjerit kegirangan. Adam pula memandang isterinya itu dengan wajah yang pelik. Terkejut pula dia apabila melihat keadaan tienya itu. “ Fiya!” giliran suaminya pula menjerit. Saffiya pula sudah membuka langkah untuk melarikan diri.
“ Ohh, ada hati nak lari eh…suka usik abang kan?” Adam menjerit sambil mengejar isterinya itu. Saffiya pula sudah menyorok di belakang ibu mertuanya yang sedang memasak di dapur.
“ Ya Allah! Korang berdua ni kenapa? Pagi-pagi buta macam ni pun nak main kejar-kejar ke. Hey! Ingat sikit korang ni dah tua Bangka tau, tapi perangai macam budak-budak kan?” Datin Amirah berpura-pura marah. Sejak anak lelakinya itu berkahwin, memang meriah sungguh rumah mereka dengan keletah menantunya yang bersifat keanak-anakan. Ada sahaja orang yang hendak diusiknya.
“ Mama, tengoklah Fiya tu…ada ke patut dia main belit-belit je tie Adam. Dah macam bentuk apa dah ni.” Anak lelaki tunggalnya itu mengadu manja. “ Apa pulak, awak tak suruh pun saya ikat betul-betul, tapi awak suruh saya tolong je kan. Tolong apa, huh?” Saffiya bertanya sambil meletakkan dagunya di atas bahu Datin Amirah.
“ Fiyya ni memang nakal, kan?” suaminya membalas sambil cuba menangkapnya. Hampr sahaja dia terjerit apabila suaminya dapat menangkap tangannya.
“ Eh, dah…dah…dah… Adam, awak tu dah lambat kan? Baik pergi cepat!” Datin Amirah menyuruh anaknya pergi. “ Alah, relakslah ma… Adam tak puas lagi ni. Lagipun kalau lambat sikit pun takpa…” anaknya itu menjawab sambil memegang pergelangan tangan isterinya.
“ Tadi awak cakap awak dah lambat… pergilah…eh, awak dah lambat kan?” Saffiiya pula memujuk. Sebenarnya dia ingin melepaskan dirinya pada saat itu. Senyuman ala-ala baby face dilemparkan pada suaminya tanda merayu. Sesak pula dadanya apabila dipegang lama seperti itu.
“ Nak escape lah tukan. Macamlah abang tak tahu. Yelah, kita ni siapa…asyik kena halau je…” Adam membuat muka sedih. Entah dari manalah ayat poyo itu datang.
“ Baru tahu ker…” Saffiya mengusik lagi. “ What! See ma, Fiya ni meman nakal tau.” Adam mengadu sambil bersedia membuka langkah untuk mengejar isterinya yang sudah lari entah kemana. “ Hai, anak….anak…childish betul!” Puan Amirah brkata seorang diri.
***************************************************************************
Cerita kartun yang disiarkan di televisyen ditonton. Senang hatinya pada waktu itu. Sekarang dengan secara hormatnya dia bukan lagi secretary suaminya tetapi secretary ibu mertuanya. Dia yang mengambil keputusan itu kerana baginya bekerja di butik ibu mertuanya itu lebih menyenangkan daripada terpaksa melihat wajah suaminya itu setiap hari.
“ haha!! Sengal punya kartun!” Saffiya ketawa seorang diri. Pagi tadi, sengaja dia menyuruh Anis menggantikan tempatnya pada hari ini memandangkan adik iparnya itu sedang menikmati cuti semesternya. Kerana itulah dia bersenang-lenang seorang diri di dalam rumah banglo kepunyaan ibu dan bapa mertuanya. Yelah, menantu keayanganlah katakan!
“ Asalamualaikum!!! Fiya!! Oh, Fiya!!” tiba-tiba dia terdengar suara orang memberi salam.’ Aik, macam kenal itu suara! Tapi dimana ya?’ sengaja dia berlawak seorang diri. kemudian, segera dia menuju ke pintu lalu membukanya.
“ Waalaikummusallam…Oh, awak rupanya. Kenapa awal balik?” Fiya bertanya sambil mencium lembut tangan sasa si pemilik suara yang memberi salam sebentar tadi. “ Yang Fiya ni, buat apa kat rumah? Memonteng?” Adam membalas setelah mencium dahi isterinya. Saffiya pula hanya membiarkan perbuatan suaminya itu.
“ Ini bukan memonteng tapi skip kerja…haha!! Mana awak tahu saya ada kat rumah?” isterinya itu bertanya lagi. “ Tadi abang call mama, pastu dia cakap Fiya suruh Anis ganti Fiya. So, abang pun baliklah. Malas nak dudu lama-lama kat ofis tu… duduk kat rumah dengan Fiya lagi bagus.” Adam menjawab sambil tersenyum kepada isterinya itu. Semakin hari, semakin menggebu rasa cintanya terhadap Fiya.
“ Huh!! Menyibuk jer. Kita baru nak buat project tadi.” Saffiya membalas. “ Project apa?” Adam bertaya pelik.
“ Project nak cakap sorang-sorang… menari sorang-sorang….awak nak join?” sah! Memang gila betul otak isterinya itu. Saffiya pula sudah ketawa berdekah-dekah.
“ Fiya ni nakal tau! Abang cium karang baru tahu!” Adam sengaja mengacah isterinya itu. Ketawanya terhambur apabila Saffiya menutup wajahnya dengan bantal. Kemudian, tangannya segera merampas bantal tersebut lalu berkira-kira untuk mendekatkan wajahnya pada wajah Saffiya.
“ Hehe..awak….awak baik kan? Janganlah cium-cium. Nanti batal puasa saya tau. Eh, janganlah…” Saffiya merayu sambil mengecilkan matanya dan berharap bahawa suaminya itu akan berhenti daripada terus mendekatinya.
“ Haha!! Tahu takut. Anyway, since when Fiya puasa? Huh? And tok kadi mana cakap kalau abang cium puasa akan batal?” suaminya menghamburkan ketawanya sebelum bertanya. Sengal betul isterinya itu. “ Tok kadi yang saya jumpa hari tu. Alah, kawan awak yang tinggal kat Hospital Tanjung Rambutan tu…” Saffiya menjawab selamba. Berjaya juga dia mengenakan suaminya itu.
“ What??? How dare you?” Adam menjerit sebelum mengejar isterinya. “ Fiya nak pergi mana sayang? Fiya takkan boleh lari…mai sini… meow!! Meow!! “ Adam pula mengenakan Saffiya. Saffiya yang mendengar sudah mematah balik lalu menuju kearah suaminya.
“ What did you do just now? Hey, I’m not a cat okay?” Saffiya berkata sambil mendongakkan kepalanya. ‘ kenapalah mamat ni tinggi sangat. Aku sampai paras dada dia je’ dia mengutuk dalam hati. “ Siapa kata Fiya ni cat? Abang tak cakap pun kan?” suaminya membalas.
“ Habis tu…” belum sempat dia membalas, Adam sudah mencempungnya lalu membawanya semula ke sofa yang mereka duduki tadi. “ Fiya nak lari mana? Kan abang dah cakap Fiya tak boleh pergi mana-mana.” Adam berkata sambil mendekatkan semula wajahnya pada wajah isterinya. “ Mana aci…awak main tipu.” Saffiya menjawab perlahan. ‘Ya Allah, selamatkanlah aku daripada harimau kelaparan ni..’
“ Apa aci-aci? Nak aci pergi makan capatti lah. Kan sayang?” Adam sengaja menguji isterinya. Saffiya cuba menatap sambil mengecilkan matanya walaupun jantungnya sudah seperti hendak keluar daripada badannya. ‘ kenapa mamat ni macam tak kena eletrik je. Alah, janganlah cakap yang dia ni dah rabun..’
“ Sayang….” Adam melembutkan suaranya sambil mengecilkan pula matanya. Saffiya pula yang lemah jantungnya apabila melihat mata suaminya tu.’ Ini misi aku ker misi dia? Karang aku pulak yang jatuh cinta.’ Semakin kecil Adam mengecilkan matanya semakin berdebar pula Saffiya. ‘ Oh, Allah! I’m in love with my own husband. CPR!CPR!’
“ Astaghfirullahalazim! Ya Allah! Kalau nak berehem…ehem pun dalam biliklah!” tiba-tiba mereka dikejutkan dengan terjahan mengejut adik mereak. Siapa lagi kalau bukan Anis. Kemudian, mereka berdua segera bangun lalu terus menuju ke dalam bilik. Muka pun sudah serupa buah strawberry.
“ Hah! Kat dalam tu… nak lama-lama pun takpe!” Anis sengaja meninggikan volumenya untuk menyakitkan hati abang dan kakaknya.
***************************************************************************
“ So, macam mana dengan our mission. Abang Adam dah boleh ingat balik?” Syakirah memulakan perbicaraan apabila dilihatnya Saffiya seperti kerang busuk yang tidak henti-henti tersenyum. Sudah itu, asyik mengelamun sahaja kerjanya!
“ Awak rasa awak akan percaya tak kalau saya cakap saya dah jatuh cinta…” perlahan Saffiya membalas.
“ What!!!!!” tiba-tiba sahaja gadis itu menjerit.” Apa yang awak cakap ni? Awak tahu yang rancangan kita belum habis? Lepas abang Adam ingat balik, awak boleh buat apa saja lepas tu. Nak mintak cerai ke nak apa ke saya tak kisah but please bukan sekarang okey?” sepantas kilat gadis itu menyambung. Saffiya pula sudah terenyum mendengar pernyataan gadis di hadapannya itu.’ Aku belum habis cakap, kau dah menyampuk’
“ Macam mana pulak kalau saya cakap yang I’m in love with my own husband…” perlahan Saffiya membalas. “ Awak…wait! What did you say jut now. You’re in love with Abang Adam? How dare you! You know that it shouldn’t happen right!” terkejut Saffiya dibuatnya apabila gadis itu menjerit.
“ But he’s my husband! I’ve…” Saffiya pula menjawab. Dia juga mempunyai hak untuk bahagia. Apa yang dia tahu sekarang ialah Adam Mikhail adalah suaminya. Hanya itu!
“ No!!!No!!!No!!! this is not the part of our mission. Saya buat semua ini untuk my sis but not for you!” pastas Syakirah menyampuk. Sakit hatinya pada saat itu. Memang dia tidak boleh menerima kenyataan yang dikatakan oleh Saffiya sebentar tadi. Adam Mikhail hanya layak untuk arwah kakaknya tetapi bukan gadis yang berada di hadapannya itu.
“ Who cares? Awak dah lupa ke yang kakak awak dah takde. And Adam berhak bahagia dengan orang lain. Awak jangan risau, I’m not going to ruin our mission. Saya akan buat seperti apa yang dirancang tapi Adam akan tetap jadi suami saya sampai bila-bila. Sebab dia pencuri hati saya selama ni. Asalamualaikum” tenang gadis itu membalas lalu meninggalkan Syakirah seorang diri. Ya, Adamlah pencuri hatinya selama ini. Hanya lelaki itu!
‘ Kurang ajar! He’s only for my sister! Kalau kau tak boleh buat, aku sendiri akan reveal semua benda. Aku sendiri!’ Syakirah berkata dalam hati sambil tersenyum seorang diri.
***************************************************************************
Tuk!Tuk!Tuk! bunyi ketukan dari luar pintu biliknya didengari. “ Masuk!” lantas dia menyuruh pengetuk tersebut memasuki biliknya. Barangkali setiausaha barunya yang telah menggantikan tempat isterinya sejak tiga bulan lebih yang lalu.
“ Asalamualaikum…” Syakirah memberi salam. Hari ini, saat ini semuanya perlu dibongkar. Engkau tak layak untuk dia’
“Waalaikummusalam.” Pantas Adam menjawab sambil mendongakkan kepala untuk melihat wajah orang yang mmberi salam itu. ‘ ini secretary aku ker. Kenapa lain jer muka. Eh, orang lainlah, Adam! Lambat scan betul otak kau ni!’ Adam memarahi dirinya sendiri.
“ Ya! Ada apa yang saya boleh tolong awak?” Adam memulakan bicara setelah dilihatnya gadis di hadapannya itu hanya membisu setelah mengambil tempat duduknya.
“ Abang dah berubah sekarang ni. Lain sangat… Nampak happy je kan? Tapi sayangnya abang bahagia ker?” Syakirah menjawab lemah sambil melemparkan senyuman yang amat kelat. Pedih! Itulah yang dirasakan pada waktu itu. Senyuman yang dilihat pada bibir lelaki di hadapannya itu hanyalah menghancurkan hatinya. ‘ orang yang patut buat abang senyum adalah kak mira dan bukannya perempuan tu!’
“ I’m sorry but what did you say?” Adam bertanya pelik. ‘siapa pulak budak ni? Aku kenal dia ker?’
“ Abang tak kenal Kirah? Orang yang selalu sakitkan hati abang dan arwah kak Mira?” Syakirah bertanya lemah. Makin bertambahlah cemberut pada wajah Adam apabila mendengar soalan gadis itu. “ Awak ni siapa sebenarnya? Siap kak Mira? As I know, we haven’t meet each other before this and how can I know you? Suddenly you appear and say….” Belum sempat Adam menyambung hujahnya, Syakirah sudah terlebih dahulu menyampuk. Semuanya dibongkar! Gambar yang dipegang dari tadi ditunjukkan kepada Adam. ‘you have to know everything!’
***************************************************************************
“ Setan!!!” bergema keretanya apabila dia menjerit. Perit! Sakit! Pahit! Semuanya dirasakan. Berita yang disampaikan oleh Syakirah benar-benar membuatnya menderita sehingga dia hampir-hampir sahaja terbabas ketika memandu. Tiba-tiba sahaja muncul satu bayangan yang membuatnya sakit kepala. “ Ahhh!!!! Mira!!!”
***************************************************************************
Pintu rumahnya dibuka perlahan. Keadaannya sekarang sudah sebiji seperti orang gila. Kusut-masai! Wajah kedua ibu bapanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu dipandang geram dan jelik. Benci! Itulah yang dirasakan. Wajah isteri dan adiknya tidak pula dilihatnya. Barangkali masih berada di dalam bilik.
“ Eh, Adam dah balik. Ni kenapa kusut-masai ni?” Datin Amirah menegur anaknya. Pelik pula apabila melihat keadaan anaknya itu. Tiba-tiba dia terlihat satu senyuman yang berupa sindiran yang dilemparkan oleh Adam.
“ Mama kisah ker pasal Adam? Huh? Mama dengan papa sayang ker pada Adam? Jawab Ma, pa!” tiba-tiba sahaja anak lelakinya itu menjerit. Terkejut Datuk Amran dibuatnya apabila melihat keadaan Adam.
“ Adam cakap apa ni sayang? Huh? Kenapa ni?” Datin Amirah bertanya sambil berjalan menuju kearah Adam. Kemudian, wajah anaknya itu diusap perlahan. Hampir sahaja air matanya menitis apabila ditengking begitu.
“ Mama nak tahu kenapa? Mira… Ingat tak nama tu? Ker mama dah lupa? Huh?” terkejut datin Amirah apabila mendengar pertanyaan Adam. Hampir sahaja dia pengsan apabila mendengar nama yang disebut anaknya.
“ Adam…” perlahan dia bersuara. Datuk Amran pula sudah memegang bahu isterinya yang dilihatny hampir terjatuh.’ Ya, Allah kenapa mesti jadi macam ni?’ Datuk Amran bertanya dalam hati.
“ Adam apa ma? Huh? Apa? Sampai hati mama buat Adam macam ni? Apa salah Adam, ma?’ belum sempat mamanya bersuara, Saffiyya sudah terkocoh-kocoh keluar dari dapur bersama Anis. “ Eh, awak dah balik? Kenapa bising jer tadi? Eh, mama! Kenapa ni?” meluru gadis itu berlari kearah ibu mertuanya. Belum sempat dia memegang tangan ibu mertuanya,Adam sudah terlebih dahulu menarik tangannya.
“ Eh awak, kenapa ni? Lepaslah… saya nak tengok mama ni.” Perlahan Saffiya berkata sambil cuba melepaskan tangannya. Takut pula rasanya apabila melihat wajah Adam yang dirasakan aneh itu.
“ Huh! Kenapa? Kau ambil berat ke pasal mama atau Duit keluarga aku?” dengan kasar suaminya itu bertanya. “ Apa awak cakap ni? Awak..” gadis itu pula bertanya lemah.
“ Kau diam! Hei, kau ingat aku tak tahu kau siapa? Kenapa kau buat semua ni hah? Kau sanggup mempermainkan aku kan?” suaminya membalas dengar suara yang dirasakan dapat menggegarkan seluruh isi rumahnya itu.
“ Kau sanggup guna mata Mira untuk dapat duit, kan? Perempuan jenis apa kau ni? Kenapa kau bodoh sangat?” menitis air matanya apabila mendengar terjahan Adam. Rupa-rupanya suaminya itu telah tahu tentang segala-galanya. Pasti Syakirah yang membocorkan semuanya. Pasti! Kerana hanya mereka berdua sahaja yang tahu tentang rancangan tersebut.
“ Awak… maafkan saya awak. Saya tak berniat pun nak..” tersedu-sedan isterinya itu berkata sebelum sempat dia menyampuk. “ Apa? Tak berniat apa? Hei, perempuan! Kau kemas barang-barang kau lepas tu kau berambus! Aku jijik tengok muka kau! Berambus!” dengan hati yang perit dia menghalau isteri yang selama ini dicintainya itu.
‘Pang!’ satu tamparan diberi oleh Datuk Amran. “ Apa yang Adam buat ni, hah? Adam dah giler ker?” papanya bertanya dengan wajah yang kemerah-merahan. Inilah kali pertama dia menampar anak lelakinya itu “ ya memang Adam giler! Adam giler sebab semua orang dalam rumah ni! Termasuk kau Anis! Semua orang sama jer!” Adam membalas pula dengan wajah yang bengis. Anis yang dari tadi hanya mendiamkan diri turut terkejut dengan terjahan kasar abangnya itu.
“ Awak…tolong jangan buat saya macam..ni. saya mintak maaf awak…” Dengan wajah yang sugul, Saffiya berkata sambil mencium tangan sasa milik suaminya. Bertambah sakit hatinya apabila melihat senyuman sinis suaminya itu. “ maaf? Untuk apa? Kau ni memang degil kan.! Kau berambus! Aku benci tengok kau! Berambus!” Adam memarahi isterinya sambil cuba melepaskan tangannya yang dari tadi digenggam erat oleh Saffiya. Kemudian tangannya direntap dengan kasar lalu meluru kearah biliknya dan Saffiya. Semua barang milik isterinya diambil dan dimasukkan kedalam beg galas milik isterinya. Saffiya pula hanya membatukan dirinya di ruang tamu keran tidak berdaya untuk membuat apa-apa . Anis, ibu dan bapa mertuanya juga turut terkedu setelah apa yang berlaku tadi.
“ Nah! Kau ambil semua barang-barang dan berambus! Berambus!” suaminya menengking sambil menariknya kearah pintu setelah keluar dari bilik mereka berdua.
“ Berambus! Aku tak nak tengok muka kau!” suaminya berkata sambil menolaknya keluar. “ ya, Allah! Adam! Jangan! Ya, Allah, kau sedarkanlah anakku!” datin amirah menjerit.
***************************************************************************
‘ Pang!’ satu tamparan diberi kepada anak perempuannya. Geram apabila dia melihat wajah anak perempuannya yang dari dulu hanya tahu membuat masalah sahaja.
“ Mama! Apa yang mama buat ni?” Syakirah bertanya sambil memegang pipinya yang sakit. “ Huh! You shouldn’t ask that question to me but to your ownself! What have you done to Adam and Fiya?” dengan geram Datin Nadrah bertanya.
“ Kirah memang dari dulu hanya tahu malukan mama jer kan? Apa yang Kirah dah buat pada Adam? Sampai hati Kirah kan?” teresak-esak mamanya bertanya sambil menangis. “ Kirah cuma buat apa yang patut buat untuk bahagiakan Kak Mira!” Syakirah menjawab pula.
“ Bahagiakan kan Mira? Itu bukan bahagiakan tapi menyeksa arwah tahu tak? Cukuplah dulu Kirah selalu buat Kak Mirah menangis dan sekarang Kirah nak hancurkan pulak hidup orang yang arwah sayang. Kirah tahu tak Kak Mira akan bertambah menderita dengan semua yang Kirah buat ni?” panjang lebar mamanya membalas dengan wajah yang sugul.
“ Mama sayang arwah… sangat sayang… dan mama tahu Kirah pun sayang kat arwah tapi ini bukan apa yang patut Kirah buat…” perlahan Datin Nadrah menyambung sambil pergi meninggalkan anak perempuannya sendirian.
“ Ya, Allah! Apa yang aku dah buat ya, Allah?” teresak-esak gadis itu menangis seorang diri setelah mendengar apa yang dikatakan mamanya tadi. ‘ maafkan Kirah, kak Mira. I’m sorry…
***************************************************************************
“ Asalamualaikum.” Syakirah memberi salam apabila sudah berada di dalam bilik pejabat lelaki yang pernah menjadi tunang arwah kakaknya pada suatu masa dahulu. Semua yang terjadi adalah disebabkan olehnya. Hanya dia! Jadi, sudah semestinya dia yang harus bertanggungjawab untuk memulihkan semula keadaan.
“ Kau nak apa lagi?” Adam bertanya setelah menjawab salam. Benci pula dia apabila melihat Syakirah. Mahu sahaja ditampar-tampar wajah gadis tersebut.
“ Abang, Fiya mana? Kenapa bila Kirah pergi rumah abang, Fiya takda kat sana?” Syakirah bertanya. Pada awalnya, dia ingin ke sana untuk meminta maaf pada Saffiya sebelum bertemu dengan Adam. Tetapi, ketiadaan gadis itu membuatnya berasa pelik.
“ Kenapa kau nak tahu dia kat mana? Kau nak rancang apa lagi dengan dia? I know I should thank you for what have you done untuk pulihkan balik memory aku. Tapi, aku juga berhak benci kau sebab kau dah mempermainkan aku.”
“ Kirah tahu abang… sebenarnya, Kirah memang tak patut rancang apa-apa pun kan? Abang, Kirah datang sini sebab Kirah nak mintak maaf. Fiya tak salah lansung pun abang.semua duit yang Kirah bagi selama ni dia tak ambil lansung pun abang. Dia sebenarnya cintakan abang.”perlahan gadis itu bersuara sambil menangis teresak-esak.
“ Hei Kirah, apa yang kau cuba nak buat ni, hah? Hari tu kau datang, kau buruk-burukkan perempuan tak guna tu dan sekarang…” belum sempat Adam menyambung, Syakirah sudah menyampuk dengan suara yang lantang.
“Tak! Tak, abang! Dia baik sangat. Kirah yang bodoh abang. Patutnya Kirah bersyukur sebab Allah bagi Kirah peluang kedua. Walaupun bukan untuk lihat jasad Kak Mira tapi mata arwah tu pun dah cukup baik. Abang, percayalah yang Fiya tu orang yang baik abang. Dia buat semua ni untuk Kak MIra, sebab dia kesian dengan Kirah. Tapi abang, dia memang cintakan abang. Percayalah…” panjang lebar gadis itu menjelaskan segalanya dengan mata yang tertutup. Tidak sanggup untuk dia melihat wajah Adam pada saat itu.
“ Kalau abang tak percaya jugak, abang tengoklah dalam laci cermin kat bilik abang tu. Fiya cakap dia simpan semua duit yang abang bagi kat dia sebab dia tak layak pun untuk terima semua tu. Dia bukan materialistic abang… pada awalnya, dia sangat bencikan abang sebab abang ajak dia kahwin sebab dia ingat dia nak tolong Kirah setakat kerja kat office abang. Lepas tu dia rancang nak mintak cerai dengan abang lepas abang dah ingat semuanya. Tapi abang, dia dah mula cintakan abang.” Gadis itu menarik nafas panjang sebelum menyambung semula kata-katanya.
“ hari tu, dia datang jumpa Kirah. Dia cakap yang dia cintakan abang. Kirah rasa tercabar sangat masa tu abang. Kirah bodoh sangat sebab masih anggap yang abang untuk Kak Mira jer. Itulah sebabnya Kirah sendiri yang bagitahu semuanya kat abang. Kirah takut abang tak cintakan Kak Mirah lagi. Kirah takut abang cintakan Fiya jer. Bodohkan Kirah ni…” terkedu Adam apabila mendengar semua yang diberitahu oleh gadis yang sedang menangis di hadapannya itu sebentar tadi. Tetapi, masih terdapat keraguan yang menyelubungi hatinya pada saat itu.
“ Baik kau balik Kirah sebelum aku halau kau! Aku dah tak nak dengar apa-apa lagi. Kau dah dapat apa yang kau nak kan? Aku dah bosan dengan semua yang jadi ni. Kau baliklah…” lelaki itu berkata sebelum dia sendiri yang menghilangkan dirinya dari bilik itu. Syakirah pula masih berada di tempatnya sambil menangis teresak-esak. ‘ Kau ampunkanlah aku ya Allah. Semua ni salah aku. Aku yang bersalah.’
***************************************************************************
“Hah!” bergema tandas di rumahnya apabila di menjerit. Segala persoalan masih bermain-main di dalam fikirannya meskipun dia sudah berkeras untuk tidak mempedulikan apa yang diberitahu oleh Syakirah. Kemudian, dia segera berlalu keluar lalu duduk di atas birai katilnya. Di situlah terjadinya semua kenangan manisnya dengan isterinya. Tiba-tiba, hatinya tergerak untuk melihat isi di dalam laci cermin di hadapannya itu. Perlahan-lahan tangan sasa miliknya itu membuka laci terebut.
“ Ya, Allah…” secara spontan ayat itu keluar apabila dilihatnya banyak duit yang disimpan oleh isterinya di dalam laci tersebut. Ternyata apa yang diberitahu oleh Syakirah tadi memang benar belaka. Kemudian dia menju semula kearah katilnya. “ Kenapa kau mesti buat semua ni… kau hanya lukakan aku tahu tak. Kenapa Fiya…” lelaki itu bersuara perlahan. Dia sebenarnya berasa pelik kerana hanya Saffiya sahaja yang muncul di dalam fikirannya sedangkan sepatutnya Miralah yang sepatutnya difikirkan olehnya. Ya! Sepatutnya dia berasa sedih untuk Mira tetapi kenapa Saffiya pula yang menyentuh hati lelakinya.
“ Ya, Allah apa patut kau buat?” dia bersuara lagi setelah membaringkan dirinya dia atas katil. Tiba-tiba, dia terasa seperti ada sesuatu benda keras di bawah bantalnya. Terkejut pula dia apabila dia terlihat sebuah kotak kecil berbentuk love di bawah bantalnya. Hatinya tergerak untuk melihat apa yang ada di dalam kotak itu. Apabila kotak itu dibuka, terdapat dua bentuk cincin yang masing-masing tertulis namanya dan isterinya di dalam kotak tersebut. Di bawah cincin-cincin itu pula terdapat sehelai kertas berwarna merah yang dilipat kemas.
‘Kepada suami, Adam Mikhail… Asalamualaikum.
Awak, saya tak pandai sangat tulis-tulis ni, tapi saya nak tulis jugak. Awak nak tahu kenapa? Sebab, Saya Cintakan Awak! Yes! I Really Love You! Sangat-sangat. Awak Nampak tak cicin tu? Satu untuk awak, satu lagi untuk saya.
Abang, Fiya mintak maaf sebab selama ni Fiya tak jadi isteri yang baik untuk abang. Fiya mintak maf sangat-sangat tau!
Sayang, kalau sayang nak tahu saya dah takda idea lagi ni, tapi saya nak bagitahu something tau. Please keep it as a secret tau! Sebenarnya, mata sayang tu sangat cute. Mata sayang tu dah buat saya tergoda tau. Tergoda sangat-sangat.
Adam Mikail, I Love You So Much!!!!!!
Awaklah Pencuri Hati Saya, Sayang!!!
Daripada, Saffiya yang comel!!
Surat yang berda di tangannya dibaca. Menitis air mata lelakinya jua. “ Ya, Allah! Apa yang aku dah buat ni. Aku Cintakan isteriku Ya, Allah. Dialah pencuri hatiku selama ni.”
***************************************************************************
Laut yang terbentang luas di hadapannya dipandang. Hanya dia sahaja yang berada di situ kerana hari sudah hampir malam. Menyesal pula rasanya kerana dia telah menyakiti hati suaminya selama ini.
“ Mira,awak beruntung sangat-sangat kerana awak disayangi oleh Adam. Awak mesti special untuk dia kan? Tak macam saya, dahlah hipokrit, jahat pulak tu?” gadis itu bercakap seorang diri.
“ saya ni jahat sangat sebab saya dah hancurkan hati Hadiah yang Allah dah bagi pada saya. Saya ni tak reti bersyukur kan? Adm hanya layak untuk awak. Patutnya awak yang perlu berada di tempat saya selama ni untuk bahagiakan lelaki macam dia. Saya yang patut mati sebenarnya. Saya takda hak pun untuk bahagia. Siapalah saya ni. Adam tak cintakan saya , kan Mira?” sambungnya lagi. Sudah berhari-hari dia menginap di sebuah hotel di Port Dickson. Di situlah tempat dia menghabiskan masa jika dia mempunyai masalah sebelum dia berkahwin dengan Adam. Ibu angkatnya yang selama ini menjaganya di rumah anak yatim juga sudah sedia maklum dengan perangainya itu kerana setiap kali di pulang ke Melaka, Port Dickson memang wajib dilawatinya.
“ Siapa kata?” tiba-tiba satu suara menyapa gegendang telinganya.” Saya yang kata. Saya memang tak layak pun untuk Adam.” Dia menjawab meskipun dia tidak mengambil peduli siapa pemilik suara tersebut.
“ Fiya…” pemilik tersebut memanggil namanya. ‘ macam mana dia tahu nama aku?’ gadis itu bertanya dalam hati sebelum dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa pemilik suara tersebut.
“ Awak! Awak buat apa kat sini? Saya…” dia bertanya dengan wajah yang terkejut. “ Fiya…” Adam cuba bersuara meskipun suaranya seperti tidak mahu keluar.
“ Awak datang sini sebab awak nak ceraikan saya, ya? Saya tahu… awak tolong maafkan saya ya? Halalkan makan minum saya ya… I’m sorry sebab saya dah buat awak jijik dengan saya…” terkedu suaminya apabila dia menyebut perkataaan jijik itu. Perkataan itulah yang Adam pernah ucapkan.’ Jijik? Aku yang jijik, bukan Fiya! Aku yang sakitkan hati dia.’
“ Fiya…” dia bersuara lagi sambil menarik isterinya itu ke dalam pelukannya. “ I’m sorry Fiya… abang takkan ceraikan Fiya sebab Fiya tak salah pada abang lansung. Abang yang salah.” Teresak-esak Adam berkata sambil memeluk isterinya dengan erat. Saffiya pula yang terkejut dengan pernyataan suaminya itu.
“ Awak…shh… apa yang awak cakap ni. Awak patut ceraikan saya. Saya yang salah. Saya bukan isteri yang baik.” Saffiya pula bersuara sambil meletak jari telunjuknya di bibir suaminya. Air matanya juga sudah menitis juga.
“ Fiya, abang sayangkan Fiya. Abang nak Fiya jadi istei abang untuk selama-lamanya. Maafkan abang sebab abang dah marah Fiya hari tu. Abang cintakan Fiya. I love you sayang.” Suaminya membalas sambil dahinya diletakkan di dahi isterinya. Kedua-dua tangannya pula mengelus lembut pipi Saffiya. “ Fiya, jangan tinggalkan abang ya, sayang. I’m sorry…” sambungnya lagi.
“ Fiya pun cin…takan abang. Fiya sangat cintakan abang. Abang, Fiya yang patut mintak maaf… Abang…” isterinya membalas pula. Kemudian, dengan penuh kasih dia mencium lembut pipi isterinya. “ Fiya… Fiyalah pencuri hati abang. Mira hanyalah sejarah abang. Sekarang ni hanya Fiya yang abang nak. Hanya Fiya… I love you, sayang.”
“ Terima kasih abang… Fiya pun sayang dan cintakan abang… abang pun pencuri hati Fiya. Fiya nak abang simpan hati Fiya sampai bila-bila. Tolong jangan bagi balik ya?” Saffiya membalas lembut sambil tangannya diletakkan di atas dada bidang milik suaminya.
“ Abang takkan bagi balik. Fiya pun, simpanlah hati abang baik-baik. Kita sama-sama jaga hati kita ya… abang cintakan Fiya. “ Adam mencium lembut tangan isterinya sebelum dahinya mendarat ke kedua-dua belah pipi isterinya. “ I love you, sayang.” Serentak mereka berdua mengucapkan kalimah itu sambil berpelukan erat.
The End!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)